Lotus’s Malaysia Labur RM50 Juta Dan Tawar Diskaun Hebat Pada Lebih 3,500 Produk Runcit Berjenama
Para pelanggan yang ingin mencari barang kelengkapan dapur tidak akan melepaskan peluang untuk berkunjung ke pusat membeli-belah Lotus’s. Ia menyediakan lebih daripada sekadar barangan runcit yang berkualiti dengan harga berpatutan buat semua para pelanggan.
Menawarkan aneka produk termasuk barangan harian, pakaian serta perkakas elektrik, Lotus’s Store memenuhi keperluan dan sering menjadi pilihan rakyat Malaysia.
Terbaharu, Lotus’s Malaysia telah melaburkan jumlah yang tidak kurang daripada RM50 juta demi menawarkan produk dengan harga yang lebih rendah kepada pelanggan semasa berbelanja.
Dengan dana yang besar ini, mereka menawarkan potongan harga pada lebih daripada 3,500 produk runcit yang terkenal, termasuk jenama mereka sendiri bagi memastikan pelanggan mendapat manfaat yang lebih besar dari inisiatif ini. Ini mencerminkan komitmen Lotus’s untuk memberi manfaat dan kepuasan yang luar biasa kepada setiap pelanggan.
Presiden Lotus’s Malaysia, Kenneth Chuah menyatakan kesedaran pihaknya terhadap cabaran rakyat Malaysia dalam menghadapi kenaikan harga barangan. Disebabkan oleh kos sara hidup yang meningkat, para pelanggan masa kini mungkin menghadapi masalah untuk mendapatkan barangan segar dan berkualiti dengan harga berbaloi.
Tambah beliau, mereka berhasrat untuk memberi sokongan kepada pelanggan dan masyarakat dalam menguruskan perbelanjaan dengan lebih efisien serta mengurangkan kesan inflasi di negara ini.
Bagi merealisasikan inisiatif ini, Lotus’s Malaysia juga memperkenalkan harga yang rendah setiap hari dengan diskaun purata sehingga 37 peratus kepada pelanggan yang ingin membeli produk kesukaan mereka.
Berjimat Lebih Banyak Dengan #LotussLebihMurah
Pada masa yang sama, Pengarah Eksekutif Pelanggan, Vivian Yap berkata bahawa ahli berdaftar My Lotus’s kini dapat menikmati lebih banyak manfaat dengan menggunakan mata ganjaran Lotus’s semasa membuat pembayaran.
Di samping itu, ahli turut berpeluang mengumpul mata ganjaran setiap kali mereka berbelanja dan kemudian boleh menggunakan mata ganjaran tersebut untuk membayar barangan runcit mereka di kedai fizikal mahupun dalam talian. Ini secara tidak langsung dapat membantu mereka berjimat dengan lebih baik.
Vivian Yap juga menyatakan bahawa Lotus’s telah menghadirkan promosi penurunan harga lain seperti Segar & Murah, di mana pelanggan dapat menikmati harga lebih rendah untuk produk segar tertentu. Selain itu, promosi Pembelian dengan Pembelian (PWP) juga telah diperkenalkan pada bulan Jun lalu untuk memberikan lebih banyak nilai kepada pelanggan.
Menawarkan lebih 3,000 produk jenama di stor dan juga dalam talian, Lotus’s kini turut memperkenalkan lapan lagi produk baharu untuk dinikmati pelanggan.
Bukan itu sahaja, malah kesemua 59 medan selera Lotus’s di seluruh negara akan terus menawarkan Menu Rahmah dengan harga RM5 untuk semua para pelanggan.
Lotus’s yang turut mengambil bahagian dalam inisiatif Bakul Rahmah juga bakal memperluas usaha mereka dengan memberikan potongan sebanyak 10 peratus untuk bahan utama kepada pengusaha makanan yang menawarkan Menu Rahmah.
Secara tidak langsung, inisiatif ini membuktikan komitmen Lotus’s dalam memberikan manfaat kepada pelanggan dan masyarakat setempat, sambil turut menyokong industri makanan tempatan.
Produk #LotussLebihMurah Yang Diberi Diskaun
Rangkaian produk #LotussLebihMurah menyediakan pelbagai pilihan barangan kegemaran isi rumah bagi penggemar beli-belah di Malaysia. Antara produk-produk popular termasuklah beras, pasta, minyak masak, mi segera, sardin, produk tenusu, barangan mandian serta cecair pencuci pakaian.
Dengan pelbagai pilihan barang keperluan harian ini, Lotus’s setia memberikan pengalaman beli-belah yang memuaskan dengan harga yang lebih rendah, membolehkan pelanggan menikmati kelebihan berbelanja di satu tempat.
Dengan pelaburan dana serta inisiatif mesra rakyat ini, Lotus’s telah memperkuatkan kedudukannya sebagai destinasi beli-belah pilihan ramai pelanggan.
Bagi pelanggan yang ingin menikmati barang #LotussLebihMurah ini boleh berbelanja di kesemua 66 stor Lotus’s, Lotus Shop Online dan dengan Lotus’s di platform Lazada, Shopee, Foodpanda dan Grab.
Ayuh berbelanja di Lotus’s dan nikmati pelbagai manfaat dan kepuasan dalam setiap pembelian. Sebarkan berita baik ini kepada semua dan mari kita terus menyokong inisiatif hebat Lotus’s yang membawa manfaat kepada semua lapisan masyarakat.
Sumber:SinarHarian