Jenama penjagaan bayi dari Malaysia, Applecrumby berjaya memperoleh pelaburan sebanyak US$4.2 juta (RM 19.86 juta) daripada firma permodalan teroka global berbilang peringkat iaitu 500 Global.

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Applecrumby, Sean Tan berkata pelaburan ini dapat menjadi pemacu bagi pertumbuhan syarikat menerusi penghasilan produk penjagaan bayi yang berkualiti tinggi, selamat digunakan dan mampu milik.

“Selain dapat meningkatkan perkembangan jenama secara global, pembiayaan baharu ini akan membolehkan Applecrumby untuk tingkatkan pengedaran dan pembangunan produk baharu di bawah rangkaian PureBasics bagi memenuhi keperluan ibu bapa.

applecrumby

“Kami juga berbesar hati rangkaian produk dari PureBasics oleh Applecrumby mampu terjual sebanyak lebih 250,000 pek meskipun baru dilancarkan pada penghujung tahun 2023” jelas Tan.

Telah berada dalam industri sejak 2012, Applecrumby komited untuk menawarkan solusi penjagaan bayi menerus produk berinovasi pada harga yang berpatutan.

Jenama yang terkenal dengan produk lampin bayi 100 peratus bebas klorin iaitu PureBasics juga merupakan perintis kepada pelbagai produk penjagaan bayi tanpa bahan kimia dan menjadi pilihan ramai ibu bapa moden di seluruh Asia Tenggara.

applecrumby

“Di samping keperluan bagi produk penjagaan kulit bayi, pencuci baju serta kain lap bayi yang diuji secara dermatologi, pasukan Applecrumby sentiasa komited untuk mencipta inovasi yang paling terpelihara dan selamat bagi kegunaan ibu bapa serta anak-anak mereka.

Kami percaya ibu bapa wajar mempunyai akses kepada produk penjagaan bayi yang berkualiti, bebas toksin dan mampu milik tidak kira di mana pun.” ulas Tan.

Bakal menemui rakyat Malaysia di hampir 2,000 lokasi peruncitan pada tahun ini, produk Applecrumby juga boleh didapati di 11 buah negara termasuk Malaysia, Vietnam, Korea Selatan, Filipina dan China.

Pada masa yang sama, jenama ini juga sedang merancang untuk kembangkan lgi pasaran ke 20 buah negara lagi menjelang akhir tahun ini melalui pengedar serantau.

Sementara itu, rakan kongsi di 500 Global iaitu Shahril Ibrahim berkata, Applecrumby diiktiraf sebagai salah satu jenama dipercayai untuk penjagaan bayi dan telah menerima pelbagai anugerah atas penghasilan produk berinovasi.

“Kami menyokong misi jenama ini untuk meningkatkan keselamatan dan standard penjagaan bayi ke peringkat global,” kata Shahril.

Sumber : Sinar Harian, Majalah Labur 

Baca Juga : Pelaburan Besar Infineon Sebanyak RM25 Bilion di Kedah Menguatkan Keyakinan Pelabur Terhadap Malaysia

Dapatkan info terkini dunia bisnes terus ke inbox anda dengan melanggan newsletter kami.

Top