Untuk menyerlah dan bersaing dalam industri, sesebuah bisnes perlulah kreatif dalam melakukan pemasaran.

Jika tidak peka pada trend masa kini, memang sukar untuk anda menangi hati pelanggan. Jenama anda juga akan ketinggalan!

Jadi, di sini kami ingin kongsikan beberapa taktik marketing terkini yang wajib anda cuba.

7 Taktik Marketing Unik, Wajib Cuba Untuk Tarik Pelanggan

1. Tawarkan Barang Percuma Yang Sukar Ditolak

Pelanggan mana yang tidak suka bila dapat barangan percuma yang ekslusif bila membeli sesuatu?

Selain untuk tarik pelanggan, taktik marketing ini juga merupakan kaedah yang baik untuk buatkan pelanggan terus menyokong jenama anda.

Kita ambil contoh jenama kopi tempatan yang banyak cawangannya iaitu ZUS. Mereka merupakan antara jenama yang rajin menawarkan pelbagai merchandise ekslusif secara percuma.

Antara merchandise percuma yang menanti pelanggan adalah stiker, sampul duit dan keychain.

Rekaannya pula sangat comel dan sukar untuk ditolak!

taktik marketing

2. Hasilkan Produk Limited Edition

Biasanya produk limited edition mempunyai nilai yang lebih tinggi berbanding barang yang dijual secara meluas di pasaran.

Bila pelanggan sudah terlepas peluang untuk mendapatkannya, mereka akan jadi lebih teringin untuk miliki produk tersebut.

Kebanyakan jenama turut memanfaatkan musim perayaan untuk lancarkan produk istimewa. Antara jenama yang sering mengeluarkan edisi khas pada musim perayaan adalah Inside Scoop.

Tidak hanya melancarkan perisa aiskrim edisi terhad, malah reka bentuk kek yang ditawarkan juga tepat dengan musim perayaan tertentu.

Ini membuatkan produk Inside Scoop sesuai untuk dinikmati ketika berkumpul bersama rakan dan keluarga.

taktik marketing

Untuk hasilkan produk limited edition, pertama sekali produk anda perlulah ada ciri yang menarik. Tak kiralah dari segi jenis produk atau packaging sekalipun, ia perlulah ada rupa atau ciri yang berbeza daripada produk sedia ada.

Kemudian, gunakan kuasa media sosial untuk ceritakan tentang kelebihan produk dan mengapa pelanggan perlu milikinya.

Jangan lupa untuk gunakan frasa seperti ‘Kuantiti Terhad’ atau ‘Hari Ini Sahaja’ bagi mewujudkan FOMO (fear of missing out).

3. Selitkan Jenaka

Jangan tak tahu yang jenaka juga merupakan salah satu taktik marketing yang boleh membantu sesebuah bisnes bina hubungan bersama pelanggan.

Lebih mengejutkan lagi, lebih daripada 50% pelanggan akan cenderung untuk mengingati iklan atau kandungan yang kelakar.

Namun, nak menggunakan jenaka dalam marketing ini juga ada caranya.

Pertama sekali, pastikan anda buat research terlebih dahulu. Kedua, jenaka yang dibuat tidak boleh menyinggung perasaan mana-mana pihak.

Antara jenama yang cukup sinonim dengan marketing menggunakan jenaka adalah Mydin. Mereka memang cukup pantas untuk respons pada isu terkini terutamanya yang sedang hangat diperkatakan netizen.

Sambil berjenaka, Mydin juga sempat mempromosikan produk dan jenama yang dijual di pasar raya mereka.

4. Teknik Anchoring

Bila pelanggan buat perbandingan, pelanggan mesti akan gunakan anchor untuk buat keputusan. Dalam pemasaran, anchor atau ‘sauh’ ini biasanya adalah informasi yang diketahui oleh pelanggan dan menjadi rujukan kepada mereka untuk buat perbandingan.

Sebagai contoh, jika anda ingin buat jualan di website, tetapkan anchor dengan menunjukkan harga asal dan highlightkannya menggunakan warna merah.

Kemudian, letakkan harga selepas diskaun di sebelahnya.

Ini boleh mendorong pelanggan untuk rujuk kepada anchor iaitu harga asal. Ini sekaligus dapat meyakinkan pelanggan bahawa mereka dapat jimat dengan lebih banyak.

Cara ini juga didapati lebih berkesan berbanding meletakkan nilai diskaun seperti 30% atau 40% yang memerlukan pelanggan untuk buat kira-kira sendiri.

5. Cuba Bayangkan..

Ada juga jenama yang mengajak pelanggan bayangkan impak apabila menggunakan produk yang ditawarkan.

Kunci untuk mewujudkan imaginasi ini ialah dengan mengenalpasti matlamat yang pelanggan anda ingin capai.

Kemudian, hasilkan content yang menunjukkan keberhasilannya.

Salah satu jenama yang berjaya menggegarkan Malaysia dengan cara ini adalah Siti Khadijah.

Anda pasti pernah terserempak dengan billboard jenama telekung dengan ayat “Nak.. mak teringin nak pakai telekung Siti Khadijah”.

Walaupun ayat ini simple, namun ia mampu mengajak pelanggan untuk bayangkan betapa gembiranya mak di kampung jika kita hadiahkannya dengan telekung premium dari Siti Khadijah.

Padahal, mak kita di kampung tak pernah minta pun untuk membeli telekung ini!

Inilah salah satu bukti kuasa copywriting yang mantap sehingga mampu menjentik emosi dan mempengaruhi tindakan pelanggan.

Gaya marketing Siti Khadijah ini juga didapati sangat berkesan sehingga ia mula menjadi ikutan bagi jenama lain.

taktik marketing

6. Permulaan Baharu

Sesetengah pelanggan mungkin telah mencuba pelbagai jenis produk namun masih tidak dapat memenuhi keperluan mereka.

Inilah peluang anda untuk berikan ‘permulaan baharu’ buat mereka.

Waktu paling sesuai untuk adakan kempen bagi ‘permulaan baharu’ ini adalah pada awal tahun. Namun, awal tahun bukanlah satu-satunya waktu yang sesuai.

Bergantung kepada bisnes, anda boleh lancarkan kempen pada musim cuti sekolah, musim perayaan dan sebagainya.

Anda juga perlulah yakinkan pelanggan bahawa produk anda boleh membawa perbezaan kepada mereka.

Terangkan kepada pelanggan kelebihan produk atau perkhidmatan anda dan mengapa mereka perlu cuba jenama anda.

Seperti Kalista iaitu jenama supplemen kesihatan, mereka memanfaatkan bulan Ramadan untuk mengajak pelanggan dapatkan berat badan idaman sebelum tiba Hari Raya.

taktik marketing

Sumber : TikTok Kalista HQ

7. Social Proof

Pelanggan pasti akan lebih yakin untuk mencuba sesuatu produk atau perkhidmatan sekiranya ada rekomendasi daripada individu ternama atau review positif daripada pelanggan.

Inilah yang dinamakan sebagai social proof.

Minta pelanggan sedia ada berikan testimoni mengenai produk atau perkhidmatan anda. Kalau ada bajet lebih, anda boleh cuba influencer marketing. 

Bila jenama anda ada social proof yang kukuh, pasti tiada masalah untuk bisnes anda dapat pelanggan. Sebagai contoh, syarikat petrol terkemuka iaitu Shell baru-baru ini telah melantik Ceddy Ang sebagai duta Shell Café.

Seperti yang ramai pengguna media sosial tahu, Ceddy Ang mempunyai citarasa yang baik dalam pelbagai hal terutamanya makanan.

Jadi, pelanggan pasti akan tertarik untuk mencuba sendiri menu di Shell Café seperti yang disarankan oleh Ceddy.

Terdapat pelbagai taktik marketing unik yang boleh dicuba untuk tarik perhatian pelanggan. Anda boleh variasikan content yang mampu membuat pelanggan geli hati atau sentuh emosi mereka.

Selain itu, anda juga boleh gunakan pendekatan lain seperti influencer marketing atau tawarkan produk limited edition untuk tingkatkan jualan secara berkesan.

Sumber : visme.co

Dapatkan info terkini dunia bisnes terus ke inbox anda dengan melanggan newsletter kami.

Top