Adakah anda sedang mempertimbangkan untuk gunakan email untuk tujuan pemasaran bisnes? Ia sememangnya merupakan salah satu platform pemasaran yang cukup popular dan berkesan untuk membantu anda berhubung dengan pelanggan dan tingkatkan potensi bisnes.

Persoalannya, bagaimanakah cara untuk maksimakan keberkesanan pemasaran emel? Caranya ialah dengan email automation!

Apa itu email automation dan bagaimana ia dapat membantu lonjakkan lagi prestasi kempen pemasaran anda? Ayuh kita kupas satu persatu.

Apa Itu Email Automation?

Email Automation atau autoresponder ialah satu kaedah dalam email marketing yang membolehkan sesebuah bisnes mencapai pelanggan menerusi email yang sesuai pada waktu yang tepat.

Bila anda pautkan website analytics dengan platform pemasaran emel, anda boleh sasarkan pelanggan berdasarkan gelagat pembelian, minat serta pembelian lepas.

Ini seterusnya membolehkan anda untuk tawarkan pengalaman pelanggan yang lebih personalized dan meningkatkan keberkesanan kempen pemasaran yang dijalankan.

Kelebihan Email Automation Untuk Bisnes

1. Untuk Tawarkan Pengalaman Yang Lebih Peribadi Untuk Pelanggan

Para pemasar sudah sedia maklum bahawa pelanggan sangat gemarkan perkhidmatan dengan unsur personalization atau lebih bersifat peribadi.

Kajian juga mendapati 90% pelanggan sangat gemarkan kandungan dengan unsur personalization.

Dengan kemudahan email automation, anda juga boleh hasilkan siri emel yang dapat membina hubungan positif antara bisnes dengan pelanggan.

2. Meningkatkan Kesetiaan Pelanggan

Seperti yang kita tahu, adalah lebih mudah untuk sesebuah bisnes menjual kepada pelanggan sedia ada kerana mereka sudah biasa dengan produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan.

Email automation membolehkan anda untuk terus berhubung dengan pelanggan sedia ada secara lebih mudah. Jadualkan emel anda supaya pelanggan dapat disapa dengan lebih konsisten.

Anda juga perlu pastikan emel tersebut dapat memberikan impak kepada pelanggan.

Elakkan daripada menghantar emel yang membuatkan pelanggan bosan seperti :

“Hai, sudah lama anda tak membeli di kedai kami. Jom lihat produk terbaru kami!”

Sebaliknya, anda perlulah rangka ayat yang padat dan mampu mencetus rasa keinginan terhadap pelanggan untuk kembali membeli. Contohnya :

“Hai Maya, kami di Tea House berharap anda berada dalam keadaan sihat. Kami tak mahu Maya ketinggalan untuk dapatkan tawaran terbaru daripada kami.

Minuman yang anda sering pesan iaitu Matcha Milkshake kini ada tawaran 20% bagi setiap hari Selasa. Klik di pautan ini untuk tebus tawaran!”

3. Untuk Kembangkan Bisnes

Email automation membolehkan anda untuk menghantar emel mengikut tarikh, aktiviti pelanggan atau ‘trigger’ tertentu.

‘Trigger’ yang dimaksudkan di sini adalah tindakan yang anda perlu ambil berdasarkan customer journey. Anda boleh lihat contoh customer journey untuk pemasaran emel seperti yang dikongsikan oleh Silverdisc di bawah :

email automation

Sebagai contoh, jika ada pelanggan yang baru melanggan email marketing daripada bisnes anda, anda boleh hantarkan emel ‘Selamat Datang’.

Anda juga boleh beri peringatan kepada pelanggan untuk check-out barangan di cart dengan menghantar ‘abandoned cart email’ dengan subject seperti “Terlupa Sesuatu?” atau “Dah Sedia Untuk Checkout?”.

4. Melancarkan Operasi Bisnes

Bisnes yang ingin berkembang juga perlu mempunyai operasi seharian yang lancar. Anda pasti mahu capai pelanggan sebanyak mungkin. Namun, anda tidak boleh tumpukan masa kepada pemasaran semata-mata.

Email automation dapat membantu anda menghasilkan emel kepada lebih 1,000 pelanggan dan menghantarkannya secara serentak dalam satu-satu masa.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, email automation juga membolehkan anda untuk kategorikan pelanggan berdasarkan beberapa aspek seperti tahap engagement, gelagat dan minat. Ini membolehkan anda untuk menghantar emel yang bersesuaian dengan keperluan setiap pelanggan.

Dengan kemudahan ini, anda bolehlah fokuskan masa yang ada untuk aspek bisnes lain.

5. Prestasi Pemasaran Mudah Dijejak

Perkhidmatan email automation seperti Mail Niaga menawarkan laporan komprehensif bagi setiap kempen yang dijalankan.

Penyedia platform emel patuh syariah yang pertama di Malaysia ini juga membantu anda menjejak laporan kadar klik link, kadar bukaan dan banyak lagi.

Pada masa yang sama, Mail Niaga juga menawarkan pelbagai features menarik bagi email automation seperti autoresponder, subscriber management, custom field dan email builder.

Sangat mudah dan praktikal untuk digunakan!

Memang rugi sekiranya anda sudah ada platform pemasaran emel tetapi tidak gunakan fungsi email automation untuk capai pelanggan di samping menawarkan pengalaman yang lebih menarik buat mereka.

Mail Niaga bukan sahaja lengkap dengan ciri-ciri penting untuk membantu anda jalankan pemasaran emel yang berkesan, malah pengguna juga akan ditawarkan dengan panduan ringkas serta bantuan sokongan.

Berminat untuk mencuba atau ingin ketahui dengan lebih lanjut? Klik ke pautan ini untuk ke laman web Mail Niaga.

Dapatkan info terkini dunia bisnes terus ke inbox anda dengan melanggan newsletter kami.

Top