Pada zaman ini, website sudah menjadi satu kewajiban dalam pemasaran digital. Ditambah pula dengan demand yang tinggi pada pembelian atas talian, website sudah menjadi satu kemestian bagi pemilik bisnes untuk mudahkan urusan pembelian pelanggan.
Berbanding marketplace, website dengan tetapan e-commerce memberi anda kebebasan dari pelbagai sudut seperti pemilihan kaedah penghantaran dan pembayaran, pengurusan kandungan dan pemasaran.
Bagi anda yang bercadang untuk bangunkan website, pastikan ia mempunyai 7 ciri-ciri penting ini.
7 Ciri-Ciri Website Yang Berkualiti Untuk Mantapkan Bisnes Online
1.Website Yang Mempunyai Fungsi dan Rekaan Baik
Website anda bakal mencerminkan syarikat, produk serta reputasi jenama. Jadi, adalah penting untuk anda hasilkan website yang lancar, profesional serta memiliki visual yang menarik. Tawarkan informasi yang penting secara berstruktur. Gunakan warna yang bersesuaian dengan imej jenama.
Bagi memastikan kelancaran website, ia perlulah dipantau serta dikemaskini dari semasa ke semasa. Laman web yang perlahan dan tidak dibina dengan fungsi yang baik boleh membuatkan pelawat website hilang minat terhadap jenama anda.
2.Mudah Untuk Digunakan
Dengan peredaran teknologi yang semakin berkembang, pengguna internet sentiasa mengharapkan pengalaman yang pantas dan efisien bila melayari laman web. Jadi, anda perlulah bina website dengan navigasi yang jelas dan mudah.
Pastikan visual yang dipaparkan dapat memudahkan pengguna ketika melayari website. Sekiranya anda mempunyai website e-commerce, pastikan proses pembelian dapat diselesaikan seringkas dan sepantas mungkin.
3. Mesra Telefon Bimbit
Anda wajib menyediakan website yang mesra telefon bimbit memandangkan pengguna masa kini lebih ramai gunakan telefon untuk layari internet. Dengan erti kata lain, anda perlu pastikan website muncul dengan paparan optimum bila dibuka melalui tablet atau telefon pintar.
4. Kandungan Website Yang Berkualiti
Anda perlu berikan sebab yang kukuh untuk tarik pelanggan kembali ke website. Apa yang anda boleh lakukan ialah tawarkan kandungan yang up-to-date dan menarik.
Pemilihan topik yang relevan, penggunaan bahasa yang sesuai dengan jenama adalah antara aspek yang anda perlu titikberatkan dalam kandungan website. Jangan lupa untuk optimakan SEO bagi kandungan yang anda hasilkan.
Secara tidak langsung, ini juga dapat mendorong kepada pembinaan ranking SEO yang baik buat laman web anda. Jenama anda juga yang bakal beruntung kerana lebih mudah muncul di laman carian.
5. Optimakan SEO Untuk Carian Internet
Usaha anda tidak terhenti selepas melancarkan website. Sebaliknya, anda perlulah rangka strategi untuk naikkan aliran trafik ke laman web. Antara strategi yang ramai pemilik website gunakan adalah dengan mengoptimakan tahap SEO. Sebagai permulaan, anda boleh :
- Optimakan kandungan di website dengan kata kunci yang ramai pengguna cari. Terdapat pelbagai keyword tool yang anda boleh gunakan seperti Google Keyword Planner dan SEMRush untuk membantu anda.
- Pastikan topik relevan dengan jenama anda.
- Pastikan elemen SEO seperti meta description, jumlah penggunaan keyword dan Alt Text menepati kriteria.
- Tulis dengan lebih panjang. Sasarkan untuk menulis artikel dengan 1,200 patah perkataan.
6. Maklumat Perniagaan Yang Lengkap
Apa gunanya mempunyai website tetapi pelanggan sukar untuk hubungi anda? Bagi meningkatkan interaksi pelanggan, adalah penting untuk anda sertakan butiran perniagaan yang lengkap.
Tinggalkan nombor telefon, alamat e-mel serta pautan bagi laman sosial media agar pelanggan dapat ketahui dengan lebih lanjut mengenai jenama anda. Jika ingin mudahkan pelanggan cari premis anda, sertakan bersama lokasi premis menggunakan Google Maps.
7.Butang Call-To-Action Yang Jelas
Apakah tujuan anda bina website? Untuk ajak pengguna baca artikel dan kongsi? Untuk mudahkan pembelian produk atas talian?
Untuk dorong pelanggan lakukan sesuatu tindakan, anda perlulah sediakan butang Call-To-Action yang jelas. Pastikan butang tersebut mudah untuk dikenalpasti dan mempunyai warna serta font yang menonjol agar dapat menarik perhatian pengguna.
Dalam membina website, anda perlulah titikberatkan pelbagai aspek bagi memastikan ia berjalan dengan lancar. Ia juga penting supaya pelanggan dapat berinteraksi dengan jenama anda secara ringkas dan mudah. Website yang efisien dan menarik juga dapat memberi cerminan yang positif pada jenama anda.
Jadi, memang wajarlah untuk anda bangunkan website untuk jenama anda. Sekiranya anda tiada kepakaran dalam bab ini, jangan risau! Kami sedia membantu anda bangunkan website dengan ciri-ciri yang lengkap untuk keperluan perniagaan anda. Hubungi kami segera untuk dapatkan sebutharga.