Sejak negara dilanda pandemik Covid-19, ramai peniaga terkesan lebih-lebih lagi usahawan kecil yang berniaga di tepi-tepi jalan.
Bagi menangani masalah ini, Bank Negara Malaysia telah mewujudkan program iTEKAD bagi membantu golongan yang terjejas ini. Inisiatif yang dilancarkan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) ini bermatlamat untuk meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan dan pengendalian bisnes peniaga kecil demi menjamin pendapatan yang stabil pada masa hadapan.
Program yang memanfaatkan sumber kewangan sosial seperti wakaf dan zakat ini juga bertujuan untuk memberi sokongan kepada usahawan mikro berpendapatan rendah terutamanya yang tergolong dalam kategori B40 dan asnaf.
Di samping itu, individu yang berkelayakan bakal menerima modal permulaan, pembiayaan mikro yang berpatutan serta latihan yang berstruktur.
Bank Yang Terlibat Dengan Program iTEKAD
Program ini mendapat sokongan daripada bank-bank di Malaysia termasuk:
- Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat)
- Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam)
- CIMB Islamic Bank Berhad (CIMB Islamic)
- AmBank Islamic Berhad (AmBank Islamic)
- Public Islamic Bank (Public Islamic)
- RHB Islamic Bank Berhad (RHB Islamic)
- Bank Simpanan Nasional (BSN)
- Bank Rakyat
- Agrobank
- SME Bank
Bank Muamalat Bank Pertama Membangunkan Program iTEKAD
Inisiatif ini mendapat sokongan yang menggalakkan daripada bank-bank di Malaysia, dan Bank Muamalat Malaysia Bhd (Bank Muamalat) menjadi salah satu bank yang pertama menyahut seruan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk melancarkan program iTEKAD.
Selain untuk meningkatkan semangat keusahawanan di kalangan masyarakat, inisiatif ini juga diharap dapat menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara secara positif. Para usahawan yang menyertai program ini akan menerima latihan yang teratur dan bimbingan untuk meningkatkan kemahiran serta kebijaksanaan mereka dalam perniagaan bagi mencapai pendapatan yang lebih terjamin.
Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid memakluman bahawa Bank Muamalat menyediakan program iTekad melalui dua model iaitu iTekad Mawaddah dan iTekad Mahabbah. Melalui dua model ini, ia telah membantu 777 usahawan asnaf dan mikro B40 dengan jumlah pengagihan sebanyak RM6.5 juta.
Model Program iTEKAD Bank Muamalat:
1.iTEKAD Mawaddah
Ia menggabungkan konsep syariah dengan menggunakan dana zakat dan dana pelaburan. Tujuannya adalah untuk memberi bantuan kewangan kepada mereka yang layak memohon.
Program ini menggunakan akaun pelaburan terhad patuh syariah yang berdasarkan dua peringkat iaitu Mudarabah, di mana terdapat kontrak antara pemberi modal (rabbul mal) dan usahawan (mudarib).
2.iTEKAD Mahabbah
Modul ini melibatkan peserta usahawan Skim Pembiayaan Kewangan Usahawan Mikro Negeri Pahang (iPUSH), satu program kerjasama antara kerajaan negeri Pahang dan Bank Muamalat.
Tujuan dan matlamat program iTEKAD Mahabbah sejajar dengan iTEKAD Mawaddah iaitu untuk menyediakan latihan berstruktur, bantuan aset perniagaan, dan pembiayaan kepada peserta.
Syarat Kelayakan Memohon Pinjaman
Berikut adalah syarat-syarat untuk mendapatkan pinjaman perniagaan dalam program pembiayaan bank bagi PKS dan SME mikro:
- Perniagaan perlu didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
- Usahawan mikro di kawasan Wilayah Persekutuan yang tergolong dalam kategori B40 dan asnaf.
- Peniaga kecil-kecilan yang mempunyai 5 pekerja tetap dan menjana jualan tahunan kurang daripada RM300,000.
Contohnya:
- Peniaga yang menjual air balang, kuih-muih, nasi lemak, dan pisang goreng di warung.
- Peniaga yang membuat kuih, makanan secara kecil-kecilan, kek di rumah untuk dijual di pejabat dan kedai.
- Tukang jahit yang membuka sudut niaga jahitan kecil atau mengambil upah menjahit dari rumah; dan pelbagai lagi usahawan mikro dalam sektor perkhidmatan, pembuatan, dan sebagainya.
Dokumen Yang Diperlukan Untuk Permohonan
Untuk memohon, calon perlu kemukakan dokumen seperti yang disenaraikan di bawah :
- Kad pengenalan
- Maklumat perniagaan seperti jenis perniagaan, alamat perniagaan,
- pendapatan setahun, maklumat pemilik perniagaan, bilangan
- pekerja, dll.
- Bukti pendapatan perniagaan (contoh: Borang B Cukai Pendapatan,
- penyata bank 6 bulan terkini)
- Bukti operasi perniagaan (contoh: pendaftaran perniagaan, permit
- berniaga);
- Bil utiliti; dan
- Lain-lain dokumen yang relevan.
Tempoh dan Jumlah Pembiayaan
Tempoh pembiayaan adalah antara 6 bulan sehingga 5 tahun.
Manakala, jumlah amaun pembiayaan minimum adalah sebanyak RM1,000 manakala maksimum ialah RM50,000.
Untuk memohon serta mendapatkan informasi lanjut mengenai program ini, pemohon boleh menghubungi bank yang terlibat atau hadir ke mana-mana bank yang tersenarai di atas. Bagi permohonan melalui bank Islam, calon boleh melengkapkan permohonan dan dokumen yang diperlukan, kemudian menghantar melalui e-mel ke sadaqahouse@bankislam.com.my.
Pemohon juga boleh rujuk ke laman web rasmi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk dapatkan maklumat lanjut.