Bulan Ramadan akan tiba dalam masa beberapa hari saja lagi. Pasti ramai pemilik bisnes sekarang sedang sibuk menyusun strategi untuk lebatkan sales pada bulan puasa nanti.

Jangan risau, masih ada masa lagi untuk anda buat perancangan. Ayuh kita semak 7 tips naikkan sales untuk perkemas lagi rancangan anda pada Ramadan kali ini.

7 Tips Naikkan Sales Pada Bulan Puasa

1. Lancarkan Produk Limited Edition

Musim perayaan adalah waktu yang tepat untuk anda keluarkan produk ekslusif yang mana pelanggan tak akan jumpa pada waktu lain.

Dengan cara ini, pelanggan akan ternanti-nanti koleksi Hari Raya dan mereka juga pasti teruja untuk menggayakan koleksi limited edition.

Tips ini sangat sesuai untuk bisnes yang menjual pakaian. Bagi founder produk lain, anda boleh hasilkan produk dengan ciri-ciri ekslusif menerusi packaging serta nama kempen yang diselitkan dengan unsur Hari Raya.

Walaupun anda hanya ubah packaging, namun perubahan ini ada aura dan kelainannya tersendiri. Lebih-lebih lagi jika ia dibungkus dalam kotak atau pek yang cantik, pasti ada pelanggan yang ingin membelinya dan jadikan sebagai hadiah untuk yang tersayang.

Seperti contoh, Mahnaz akan mengeluarkan produk dengan bungkusan istimewa bagi setiap musim perayaan. Rekaannya sangat cantik sehingga membuatkan pelanggan rasa rugi bila tak membeli!

tips naikkan sales

Sumber : Mahnaz Food

2. Buat Customer Research

Sempena bulan puasa, biasanya pemilik bisnes pasti teruja untuk lancarkan produk baharu terutamanya koleksi Hari Raya.

Namun, sebelum itu anda perlulah ambil tahu apa yang pelanggan inginkan. Terdapat banyak cara yang boleh dilakukan untuk dapatkan informasi seperti melalui survey, review dan pemberian sampel.

Selain itu, anda juga boleh kaji semula jualan Hari Raya tahun lepas. Semak jenis produk yang laku. Daripada situ, anda boleh dapat idea untuk hasilkan produk yang ditambah baik.

3. Retargeting

Anda ada simpan database pelanggan? Waktu inilah anda boleh manfaatkannya. Bukan sahaja lebih mudah untuk menjual kepada pelanggan sedia ada, malah anda juga dapat jimat dari segi kos marketing.

Untuk menangi hati dan tunjukkan penghargaan kepada pelanggan yang pernah membeli produk, anda juga boleh berikan diskaun, baucar atau kupon khas kepada mereka.

Pelanggan sedia ada juga lebih terdorong untuk membeli kerana mereka sudah tahu kualiti produk kita.

Oleh sebab itulah taktik ini dilihat lebih mudah untuk convert sales berbanding menjual kepada pelanggan baru.

4. Adakan Offline Event

Walaupun zaman sekarang ramai pelanggan lebih suka shopping secara online, namun anda juga boleh tarik mereka untuk datang ke premis atau kedai.

‘Umpan’ pelanggan dengan wujudkan promosi istimewa yang hanya boleh didapati di kedai sahaja seperti jualan Happy Hour atau Flash Sales.

Anda juga boleh wujudkan tawaran khas seperti “Diskaun Ajak Rakan” yang membolehkan pelanggan mendapat diskaun sekiranya mereka datang bersama kawan. Jadi, lebih ramai mereka bawa rakan atau keluarga, lebih banyak diskaun mereka akan dapat.

Bila mereka sudah datang ke kedai, anda juga ada kelebiha untuk upsell lagi produk-produk lain atau pujuk mereka untuk membeli lagi.

tips naikkan sales

Sumber : Calaqisya

5. Buka Jualan Pre-Order

Ini adalah salah satu tips naikkan sales yang ramai terlepas pandang pada musim perayaan.

Untuk mengelakkan rugi besar pada Ramadan, anda juga boleh play safe dengan melancarkan pre-order. Dengan cara ini, anda boleh kumpulkan pesanan dan tempahan pelanggan sebelum lancarkan produk baharu.

Namun, anda perlu pastikan pelanggan sudah sedia maklum dengan spesifikasi produk.

Melalui pre-order, anda juga boleh lihat potensi sama ada produk ini bakal laku atau tidak sewaktu pelancaran nanti.

Sekiranya sambutan kurang menggalakkan, anda boleh sediakan back-up plan semasa launching nanti.

Mungkin anda boleh tambahkan nilai pada produk atau sediakan tawaran yang lebih menarik untuk galakkan pembelian pelanggan.

6. Sediakan Tawaran Istimewa

Bercakap mengenai tawaran, musim perayaan ini memang rugi kalau bisnes anda tak wujudkan tawaran atau special offer kepada pelanggan.

Macam-macam cara yang anda boleh lakukan untuk sediakan tawaran seperti pemberian diskaun, free gift atau pakej.

Tawaran pakej juga membolehkan anda untuk tingkatkan ROI atau pulangan dengan lebih berkesan. Untuk free gift pula, tawarkan sesuatu yang relevan dan ada nilai yang tinggi kepada pelanggan.

Untuk galakkan pelanggan rebut special offer ini, anda boleh wujudkan had dari segi stok atau masa. Jangan lupa juga untuk masukkan elemen ‘urgency’ agar pelanggan terdorong untuk buat pembelian segera.

7. Jualan Penghabisan Stok

Masih ada banyak stok yang tak terjual? Sambil anda sediakan tawaran istimewa, sekali sekala anda juga boleh adakan clearance sales.

Tetapkan satu masa tertentu untuk adakan clearance sales dan jual produk pada harga yang lebih murah dari biasa. Maklumkan juga kepada pelanggan bahawa harga akan kembali pada asal selepas tawaran tamat.

Sumber : Sembonia Imago

Pada bulan Ramadan, pelanggan lebih mudah untuk belanjakan wang untuk persediaan puasa dan Hari Raya.

Jadi, memang rugi kalau anda tak manfaatkan tips naikkan sales ini dan rangka strategi yang mantap pada bulan puasa nanti. Semoga perkongsian ini dapat memberi inspirasi kepada anda untuk rangka kempen jualan yang mantap pada Ramadan ini. Selamat mencuba!

Sumber : sifubads.com

Baca Juga : 7 Tips SMS Marketing Untuk Kempen Ramadan 2024

Dapatkan info terkini dunia bisnes terus ke inbox anda dengan melanggan newsletter kami.



Top