Setelah bertahun-tahun mengalami pertumbuhan positif, jenama Tesla kini diramal bakal menghadapi kelembapan sejak tahun 2024.
Memetik Reuters, syarikat pengeluar kereta elektrik tersebut difahamkan akan memberhentikan lebih daripada 10% tenaga kerjanya secara global.
Pada tahun ini, saham Tesla menjunam, menurut Indeks Jutawan Bloomberg (BBI), lapor Sputnik/RIA Novosti.
Saham syarikat pengeluar kereta elektrik itu merosot 15.4 peratus kepada AS$222.15. Pada akhir 2024, harga saham Tesla bernilai AS$403.84, bermakna harga sahamnya susut 1.8 kali ganda sejak awal tahun ini.
Berdasarkan memo dalaman Tesla pada tahun sebelumnya, syarikat tersebut memaklumkan pengurus untuk mengenal pasti kakitangan, menghentikan beberapa anugerah saham serta membatalkan ulasan tahunan bagi beberapa pekerja.
Pada tahun lepas, dua pegawai atasan syarikat tersebut iaitu Drew Baglino dan Rohan Patel turut mengundurkan diri daripada jawatan mereka.
Syarikat pengeluar kereta elektrik milik Elon Musk itu juga dikatakan bakal mengurangkan pengeluaran di Shanghai Gigfactory, China.
Berdasarkan laporan Reuters, pengeluar kereta terbesar di dunia mengikut nilai pasaran mempunyai 140.473 pekerja di seluruh dunia pada Disember 2023.
Pemberhentian ini dilihat akan memberi kesan kepada sekitar 15,000 pekerja.
Pengurangan kakitangan ini bukanlah pertama kali dilakukan oleh Elon Musk. Sebaliknya, syarikat Tesla pernah memberhentikan sejumlah pekerja pada tahun 2022. Ketika itu, Elon difahamkan gusar dengan keadaan ekonomi semasa ketika itu.
Walau bagaimanapun, jumlah tenaga kerja syarikat Tesla tetap meningkat daripada 100,000 pada 2021 kepada 140,000 pada penghujung 2023.
Untuk rekod, pada awal tahun 2024, syarikat automatif bertenaga bersih ini juga dilaporkan hanya mampu menjual sebuah kenderaan elektrik di Korea Selatan.
Ia difahamkan menunjukkan penurunan dalam penghantaran kenderaan pada suku pertama 2024.
Berita ini sudah tentu mengejutkan ramai pihak memandangkan syarikat tersebut boleh dikatakan sebagai antara pengeluar kenderaan elektrik paling berharga di dunia.
Segelintir pakar ekonomi berpendapat tindakan Tesla ini mungkin salah satu strategi untuk mengukuhkan syarikat. Namun, ada juga yang menganggap ia sebagai petanda negatif bagi pertumbuhan Tesla.
Mari kita sama nantikan perkembangan daripada Tesla pada masa akan datang.
Sumber: Reuters