Spotify boleh dikatakan sebagai aplikasi wajib bagi penggemar muzik dengan kemudahan streaming lagu secara online dan offline.
Perkembangan industri streaming muzik yang kian rancak juga mengukuhkan lagi kedudukan jenama ini sebagai platform penstriman muzik nombor satu dunia.
Buktinya, menjelang hujung tahun 2022, Spotify mencatatkan sehingga 456 juta pengguna aktif daripada serata dunia!
Spotify juga terkenal dengan features Freemium, iaitu penggunaan secara percuma. Ramai pelanggan juga tidak kisah untuk melanggan secara bulanan untuk nikmati pelbagai ciri-ciri khas dan akses kepada lebih 80 juta lagu dan podcast.
Bagaimana jenama ini berjaya menawan hati penggemar muzik sehingga menjadi platform penstriman muzik nombor satu dunia?
Kejayaan Spotify terletak pada beberapa usaha mereka dalam mengekalkan kesetiaan pelanggan iaitu :
- User experience yang mantap
- Repurpose data pelanggan untuk tawarkan pengalaman peribadi
- Kempen Spotify Wrapped yang menarik
Mari kita kupas satu persatu pendekatan yang diambil oleh jenama ini untuk kekal menjadi platform muzik paling popular.
User Experience Yang Mantap
Spotify berjaya mendapat perhatian pencinta muzik serata dunia dengan features yang cukup simple dan mudah digunakan. Bagi memenuhi keperluan pengguna serata dunia, aplikasi ini juga tersedia dalam 26 bahasa berbeza.
Pengguna hanya perlu taip nama lagu atau artis kegemaran di aplikasi untuk mula menikmati muzik kegemaran mereka.
Yang lebih menarik, Spotify bukan sahaja boleh dinikmati melalui aplikasi telefon bimbit, malah di desktop pun boleh!
Anda hanya perlu daftar masuk untuk teruskan menikmati lagu-lagu kegemaran. Makin melekatlah pengguna Spotify bila ada pilihan fleksibel macam ni!
Repurpose Data Pelanggan Untuk Tawarkan Pengalaman Peribadi
Selain user experience yang mantap, apa yang membuatkan ramai pengguna setia dengan Spotify ialah usaha jenama ini dalam mengolah data pelanggan bagi menyajikan personalized experience terbaik.
Sebaik sahaja pengguna mendaftar, Spotify akan mengumpul data mengenai genre dan artis kegemaran.
Daripada situ, pengguna akan diberikan recommendation mengenai artis dan muzik yang bersesuaian dengan citarasa. Ini akan membuatkan pengguna semakin teruja untuk explore lebih banyak muzik di Spotify!
Kempen Spotify Wrapped Yang Menarik
Perkongsian Spotify Wrapped yang menjadi bualan ramai di sosial media pada hujung tahun lepas daripada artis atau pengguna sendiri menjadi bukti bagi kejayaan jenama ini dalam menyajikan perkhidmatan terbaik buat pencinta muzik. Secara tak langsung, ia juga menjadi kempen marketing yang percuma dan berkesan buat Spotify!
Lebih penting lagi, Spotify Wrapped berjaya membuatkan pengguna sebagai sebahagian penting daripada jenama ini.
Perkongsian data peribadi secara menarik ini juga membuatkan pelanggan teruja untuk kenali perkembangan citarasa muzik masing-masing bagi tahun akan datang.
Kesimpulannya, untuk menjadi jenama yang menyerlah dan boleh atasi pesaing, sesebuah syarikat perlu berikan user experience yang terbaik buat pelanggan.
Untuk kekalkan kesetiaan pelanggan, anda juga perlu faham minat pelanggan supaya anda boleh tawarkan produk serta perkhidmatan yang tepat dengan citarasa mereka.
Jadi, memang rugi kalau anda tak bina website sendiri untuk tawarkan pengalaman membeli-belah yang terbaik dan tepat dengan citarasa pelanggan. Boleh dikatakan semua jenis perniagaan kini sudah bangunkan website untuk mencapai lebih ramai pelanggan secara atas talian.
Selain itu, website juga membolehkan anda untuk lakukan pemasaran digital yang bertepatan dengan hala tuju syarikat.
Berminat untuk bina website namun tak tahu macam mana nak mulakannya? Hubungi Lamanweb segera untuk dapatkan pakej website dengan harga menarik dan ciri-ciri yang bertepatan dengan halatuju bisnes anda.