Kini ramai yang bergantung kepada QR pay apabila membuat pembayaran. Mana tidaknya, kaedah ini memudahkan lagi pengguna dan juga peniaga bila melakukan urusan jual beli.

Cara ini juga memudahkan penjual memandangkan ada kalanya mereka juga tak sempat untuk menyediakan wang tunai atau petty cash yang mencukupi.

Meskipun pembayaran menerusi QR Pay ada banyak kelebihannya, namun sesetengah individu yang tidak bertanggungjawab melihat kemudahan ini sebagai kesempatan untuk mereka melakukan jenayah.

Menerusi ciapan akaun twitter Cyberjaya Info, seorang peniaga bazar Ramadan telah ditipu oleh pelanggan yang kononnya menggunakan QR Pay untuk membuat pembayaran.

Disebabkan terlalu sibuk menguruskan jualan, peniaga tersebut akui tidak sempat untuk semak wang yang diterima daripada pelanggan. Disebabkan itu, dia ditipu oleh pelanggan sehingga menyebabkan kekurangan wang hasil jualan sebanyak RM 180.

Namun, peniaga tak perlu risau lagi untuk terima wang jualan daripada pelanggan menerusi QR Pay. Untuk mengelakkan masalah ini timbul lagi pada masa hadapan, para penjual boleh mendapatkan sebuah peranti khas iaitu Smart QR.

Dikeluarkan oleh Beez Fintech Sdn Bhd, Smart QR merupakan sebuah peranti khas yang boleh mengesan pembayaran masuk melalui e-dompet atau bank ke akaun penjual.

Selain mengeluarkan isyarat cahaya, peranti ini juga boleh mengeluarkan bunyi notifikasi suara pada masa nyata (real-time voice broadcast) untuk mengesahkan transaksi wang. Jadi, walau sesibuk mana sekalipun penjual ketika itu, mereka pasti takkan terlepas dengar bunyi notifikasi yang jelas.

Secara tidak langsung, cara ini dapat menolong peniaga menangani masalah penipuan ketika pelanggan membuat pembayaran menggunakan QR Pay.

Selain itu, peniaga juga perlu memuatnaik aplikasi Bayarlah untuk menerima notifikasi serta semakan transaksi pada masa nyata.

Anda boleh rujuk infografik di bawah untuk ketahui langkah-langkah penggunaan peranti Smart QR dengan aplikasi Bayarlah.

cara Bayarlah QR

Selain Smart QR, pengguna juga boleh dapatkan 2 lagi peranti lain iaitu Static QR Stand dan QR Scanner dengan ciri-ciri yang berbeza.

Seperti yang dinyatakan tadi, Smart QR mempunyai ciri voice broadcast untuk tujuan notifikasi, transaksi paparan LCD yang boleh ditanggalkan serta sesuai untuk digunakan selama berjam-jam kerana penggunaan tenaga yang rendah.

Static QR Stand yang dapat berdiri sendiri ini pula mempunyai sudut kecondongan ergonomik untuk pengalaman pembayaran yang lebih baik. Peranti Static QR Stand juga menawarkan real-time notification melalui aplikasi yang tersedia untuk Android, IOS atau Huawei.

Peranti ketiga iaitu QR Scanner memberi pilihan kepada pengguna untuk meletakkan sim card dan disambungkan tanpa internet atau Wi-Fi, serta kalis air, habuk dan minyak. Seperti Smart QR, QR Scanner dengan butang digit dan skrin LCD ini juga mempunyai ciri voice broadcast dan tahan lama untuk penggunaan berjam-jam.

Satu lagi kelebihan QR Scanner ialah ia dapat mengelakkan penggenapan jumlah transaksi oleh pelanggan.

alat bayarlah

Dengan adanya peranti pengesan transaksi QR ini, urusan transaksi jual beli akan jadi lebih mudah dan terjamin. Bukan sahaja dapat menerima wang daripada pelbagai bank dan e-wallet, malah peranti QR daripada Bayarlah ini juga mempunyai pelbagai ciri-ciri menarik seperti skrin LCD dan bunyi notifikasi untuk memudahkan semakan wang masuk.

Jadi, memang tak rugi jika pelanggan mendapatkan peranti ini untuk keselamatan transaksi jual beli harian. Tambahan pula, kini Bayarlah sedang melakukan potongan harga melebihi RM 200 untuk peranti mereka!

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan peranti ini! Bagi pelanggan yang ingin berminat untuk membeli produk-produk daripada Bayarlah atau ingin ketahui dengan lebih lanjut, sila ke laman web bayarlah.my.

Dapatkan info terkini dunia bisnes terus ke inbox anda dengan melanggan newsletter kami.



Top