Bila sebut saja tentang Bulan Bintang, anda pasti terdetik untuk mengingat aura Beto Kusyairy yang luar biasa apabila menggayakan baju melayu pada acara fashion show jenama itu tak lama dahulu.
Gara-gara pelakon popular tersebut, lagu dengan bait lirik “sopan santun, anak Melayu” itu telah menular di media sosial!
Mana tidaknya, gaya pemasaran yang jenama ini lakukan sememangnya out of the box dan mampu memberikan kesan yang mendalam buat pengguna media sosial.
Modal yang mereka keluarkan untuk tarik pelanggan bukanlah sedikit, malah memakan jutaan ringgit!
Brand ini juga berani ambil risiko untuk tampil dengan gaya marketing dan advertising yang berbeza berbanding jenama lain.
Fashion show ‘Bulan Bintang Takes The Sky’ yang diadakan di Menara Kuala Lumpur boleh dikatakan antara yang paling gempak untuk tahun ini!
Bulan Bintang juga mengambil langkah yang bijak apabila menampilkan beberapa artis popular seperti Mierul Aiman, Daiyan Trisha dan Nadhir Nasar sebagai duta pakaian mereka bagi tahun 2023.
Semua artis yang dipilih memiliki karisma yang tersendiri dalam menyerlahkan rekaan jenama ini secara ekslusif.
Lebih membanggakan lagi, Bulan Bintang juga telah diiktiraf dalam Malaysia Book of Record atas penggunaan drone yang paling banyak (350 buah) dalam pertunjukan cahaya.
Pencapaian tersebut sekaligus telah melakar sejarah baharu dalam arena fesyen tempatan. Memang respectlah!
Marketing gaya ekslusif daripada Bulan Bintang bukanlah perkara yang baharu.
Pada tahun lalu, jenama ini juga telah menjadi bualan hangat netizen apabila mereka tampil menggunakan billboard 3D di KLCC untuk paparkan iklan khas sempena Hari Raya.
Iklan special itu turut mengangkat nama Bulan Bintang sebagai jenama tempatan pertama yang menggunakan billboard 3D dengan video anamorphic. Cukup berinovasi dan mampu memukau sesiapa sahaja yang menontonnya!
Bulan Bintang Kuatkan Lagi Marketing di TikTok
Dengan marketing yang power sampaikan boleh trending di semua platform media sosial, brand ini tak toleh belakang lagi untuk menangi hati pelanggan di khususnya di TikTok.
Di platform TikTok Bulan Bintang, pelanggan didedahkan dengan koleksi pakaian secara lebih detail. Mereka juga banyak berinteraksi serta adakan sesi soal jawab dengan pengguna bagi memudahkan mereka mendapatkan produk yang sesuai dengan citarasa.
Baru tahu rupanya brand ini bukan setakat ada baju melayu dan kurta, malah baju kurung plus size dan baju saiz kanak-kanak pun ada. Patutlah ramai yang nak bergaya sedondon dengan pakaian Bulan Bintang pada Hari Raya nanti!
Tak keterlaluan untuk kita katakan yang belum ada lagi jenama yang boleh tandingi marketing rare dan berinovasi macam Bulan Bintang. Memang hype habis!
Bila jenama dipromosikan dengan gaya yang unik dan menarik, secara tidak langsung ia boleh generate marketing percuma dan impak luarbiasa untuk bisnes.
Tak salah untuk anda mencuba gaya marketing yang berbeza daripada pesaing. Asalkan ia bersesuaian dan tepat dengan halatuju bisnes, ia mungkin boleh jadi batu loncatan untuk jenama anda.
Untuk tawan hati pelanggan, jangan lupa juga untuk berikan layanan terbaik dan banyakkan interaksi bersama mereka di media sosial. Barulah mereka akan setia dengan jenama anda!