Pepsi, salah satu jenama minuman yang terkemuka di dunia, telah jenamakan semula minuman popular ini dengan logo baharu setelah logo terakhir mereka diperkenalkan pada tahun 2008.

Logo baharu jenama ini menampilkan design yang lebih sederhana, minimalis dan moden. Design dengan perkataan ‘Pepsi’ itu ditampilkan dalam huruf tebal berwarna biru dan merah.

Logo Pepsi

Palet warna baharu juga digunakan iaitu warna hitam yang diambil daripada penjenamaan untuk Pepsi Zero Sugar yang juga dikenali sebagai Pepsi Max di United Kingdom. Ia menandakan “fokus berterusan” Pepsi pada tawaran produk bebas gula.

Reka bentuk baharu ini akan digunakan secara meluas pada semua pasaran produk Pepsi secara fizikal dan digital.

Identiti baharu yang lebih dinamik dan fleksibel ini juga direka khas supaya dapat diintegrasikan dalam dunia digital masa kini.

Tak lama lagi kita dapat melihat logo baharu ini pada semua botol dan tin air, vending machine, fountain machine dan restoran.

Ini selari dengan matlamat syarikat yang ingin mengembangkan jenama popular ini sambil menyasarkan golongan pelanggan yang lebih muda.

Logo baharu ini juga diharap dapat membantu Pepsi bersaing dengan jenama minuman lain dalam pasaran yang semakin kompetitif.

Menurut Todd Kaplan, Ketua Pegawai Pemasaran Pepsi, logo baharu ini mencerminkan semangat jenama yang selalu ingin tampil segar dan inovatif.

Perubahan design logo ini juga memberikan kesempatan kepada bisnes ini untuk merenung nilai-nilai jenama mereka yang terus berkembang saban tahun.

Logo dan visual baharu Pepsi ini dicipta dengan teliti sambil menyerlahkan kekuatan jenama yang telah bertahan selama 125 tahun.

Pelancaran wajah baharu Pepsi ini juga diharap dapat menjadi pemangkin kepada kejayaan jenama ini dalam pasaran yang lebih moden masa kini.

Elemen Penting Dalam Logo Baharu Pepsi

Logo baharu ini bukan hanya sekadar perubahan reka bentuk visual, tetapi juga memaparkan evolusi jenama Pepsi bagi memenuhi keperluan dan harapan pengguna. Antara elemen penting dalam logo baharu Pepsi adalah :

1. Glob Pepsi Dan Wordmark

Kedua-dua elemen ini disatukan bagi menekankan penjenamaan Pepsi yang tersendiri.

2. Palet Warna Yang Dikemaskini

Syarikat jenama itu memperkenalkan biru elektrik dan hitam untuk membawa kontras, keceriaan dan sudut kontemporari yang selari dengan skema warna klasik Pepsi.

Jenama ini turut menghidupkan semula warna hitam sebagai tanda komitmen mereka terhadap produk Pepsi yang bebas gula iaitu Pepsi Zero Sugar.

3. Silhouette Tin Baharu

Tin dengan silhouette baharu yang berbeza secara visual melambangkan Pepsi sebagai jenama yang ikonik dan disukai ramai.

4. Font Logo (Custom Typeface) Yang Lebih Moden

Custom typeface yang moden mencerminkan keyakinan dan keberanian jenama.

5. Signature Pepsi Pulse Sebagai Corak Latarbelakang Logo

Logo ini diserlahkan lagi dengan signature Pepsi yang selari dengan gerakan dinamiknya iaitu ‘ripple, pop dan fizz‘. Corak ini juga mewakili irama dan tenaga muzik yang menjadi sebahagian penting daripada legasi Pepsi sehingga ke hari ini.

Logo pepsi

Dengan logo yang lebih segar dan inovatif ini, Pepsi berharap dapat memperkuatkan lagi posisi mereka sebagai jenama minuman yang digemari dan dipercayai di seluruh dunia.

Reka bentuk baharu ini bakal diperkenalkan di Amerika Utara pada musim luruh ini sempena ulangtahun Pepsi yang ke-125. Kemudian, Pepsi dengan wajah baharu ini akan diedarkan ke pasaran global pada tahun hadapan.

Sumber: marketingweek.com

Baca juga: 7 Tips Marketing Berkesan Untuk Tingkatkan Sales Bisnes Anda

Dapatkan info terkini dunia bisnes terus ke inbox anda dengan melanggan newsletter kami.



Top