Sekiranya anda seorang pengguna tegar Facebook, anda pasti perasan iklan yang sering lalu-lalang di wall anda. Dari produk kesihatan sehinggalah ke pakaian muslimah, kebanyakan pemilik bisnes akan gunakan formula yang sama untuk hasilkan iklan. Hanya perlu ubah copywriting dan gambar sahaja.

Disebabkan ia masih muncul sehingga ke hari ini, kita juga boleh katakan yang iklan sebegini memang berkesan untuk tarik pelanggan. Jumlah Like bagi iklan sebegini juga biasanya agak banyak membuktikan ia dapat sampai kepada ramai pengguna Facebook.

Jadi, apakah faktor tarikan yang membuatkan ia berbeza dengan iklan lain yang ada di platform media sosial tersebut?

Ayuh kita ikuti perkongsian dari Syima Ariffin, seorang pereka grafik yang berpengalaman dalam bidang pemasaran dan pengiklanan.

Sering Banjiri Timeline FB, Ini Sebab Mengapa Ramai Bisnes Gunakan Format Poster Iklan Viral Yang Sama

Kita ambik contoh iklan produk kesihatan seperti yang di bawah ini.

faktor tarikan poster iklan viral

Sumber : Syima Ariffin

1. Ayat Tarik Pelanggan Dengan Masalah Sama

Dalam iklan ini, kita boleh lihat ayat pertama untuk tarik perhatian pengguna Facebook. Font yang digunakan lebih besar, berwarna merah dan lebih menarik berbanding yang lain.

Taktik ini cukup baik untuk tarik pelanggan yang mempunyai masalah yang spesifik atau jenis penyakit dalam kategori yang sama.

2. Cara Penggunaan dan Hasil

Iklan ini juga berkongsikan cara penggunaan produk dalam bentuk gambar dan wording.

Poster ini menyatakan “Bermula dengan 2 biji sehari” untuk memberitahu bahawa produk ini senang untuk digunakan, tak perlu bersusah payah untuk bancuh atau minum ubat.

Tak cukup dengan itu, butang Call-To-Action pula diletakkan ayat yang menunjukkan hasil penggunaan produk iaitu “Kaki Makin Kuat”. Ini boleh membuatkan pelanggan terus bertindak tanpa berfikir panjang.

3. “Barang Sampai Baru Bayar”

Menurut Syima, wording ini power dan mampu meningkatkan keyakinan pelanggan yang mungkin rasa ragu untuk membeli produk secara online.

Cara ini juga dapat meningkatkan keyakinan pelanggan agar lebih berani untuk dapatkan produk terutamanya bagi jenama baharu atau kurang popular.

4. Elemen Authority

Pemilik bisnes juga biasanya akan meletakkan elemen authority seperti “Lulus KKM” atau  “Disahkan Halal Oleh JAKIM”.

Ia merupakan elemen yang kuat untuk membuatkan pelanggan percaya kepada sesebuah produk atau servis.

Dalam iklan ini, logo KKM dan JAKIM juga diletakkan secara jelas dengan warna background yang kontra supaya mudah dilihat.Individu Berpengaruh

Walaupun poster ini sudah penuh dengan copywriting, namun pengiklan ini mengambil langkah bijak dengan meletakkan nama Ustaz Hanafi di headline copywriting. Anda juga boleh praktikkan cara ini sekiranya tiada ruang untuk meletakkan gambar individu seperti duta atau pengasas produk.

Syima juga berpendapat yang mungkin poster ini ditujukan kepada pelanggan yang pernah membeli atau sudah lihat poster iklan yang ada gambar Ustaz Hanafi sebelum ini.

Dengan meletakkan nama orang berpengaruh atau pakar bagi sesebuah bidang, ia juga mampu meningkatkan nilai authority bagi dan menambahkan lagi keyakinan pelanggan.

Tawaran Diskaun dan Penghantaran Percuma

Untuk buatkan pelanggan terus membeli, pengiklan juga meletakkan tawaran yang sukar untuk dilepaskan iaitu penghantaran percuma dan diskaun sehingga 49%.

Iklan ini juga sekaligus buktikan yang tiada masalah sekiranya anda ingin letak banyak informasi dalam satu poster. Yang penting, mesej iklan sampai dan mampu buatkan orang bertindak untuk dapatkan produk atau perkhidmatan.

Dengan erti kata lain, poster yang bagus juga mempunyai kemampuan untuk educate pelanggan bahawa produk yang ditawarkan mampu selesaikan masalah yang dihadapi.

Dengan mengambil contoh daripada lambakan poster iklan viral di Facebook, dapatlah anda gunakan elemennya sebagai panduan untuk hasilkan poster iklan sendiri. Mana tahu, ia juga mampu meningkatkan conversion rate atau hasil jualan produk anda?

Selamat mencuba!

Sumber : Syima Ariffin 

Dapatkan info terkini dunia bisnes terus ke inbox anda dengan melanggan newsletter kami.

Top