Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh

Views: 6653

Tokoh korporat terbilang yang berasal dari Kelantan iaitu Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh. Mungkin ramai yang lebih mengenali beliau sebagai Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang disandang dari tahun 2000 sehingga 2013. Beliau juga merupakan mantan Pengerusi Proton Holdings Bhd dari tahun 2009 sehinggaa 2012.

NAMA Mohd Nadzmi b Mohd Salleh
ASAL Kota Bharu, Kelantan
TARIKH LAHIR 1 Mei 1954
JAWATAN Pemilik Nadicorp Holding Sdn. Bhd

 

Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh berasal dari Kota Bharu, Kelantan dan lahir pada 1 Mei 1954. Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh dibesarkan dalam sebuah keluarga yang ramai, iaitu 10 orang adik-beradik. Bapanya adalah pegawai daerah dan kemudian menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.Seperti kebanyakan kanak-kanak lain, pada waktunya, hobinya adalah mengumpul setem dan duit syiling. Beliau mendapat ijazah pertama dalam bidang Ekonomi dari Ohio University, USA dan peringkat master dalam jurusan Ekonomi dan Statistik di Miami University USA.

Saya juga amat suka membaiki radio yang rosak. Ia juga satu elemen penting untuk menghayati kejuruteraan dan sains” ujar beliau sambil tersenyum.

PERMULAAN KERJAYA

Beliau memulakan kerjayanya sebagai pensyarah ekonomi di Universiti Putra Malaysia pada tahun 1980. Sebenarnya, cita-cita awalnya adalah mahu menjadi jurutera elektrik, dan kemudian bertukar kepada juruukur kuantiti. Selepas itu, beliau bekerja di Petronas sebagai eksekutif pemasaran di bahagian pemasaran antarabangsa selama setahun sebelum beliau dipelawa oleh rakannya menyertai HICOM pada tahun 1982 sebagai Penolong Pengurus Bahagian Projek. Beliau bertanggungjawab mengenal pasti dan menguruskan pembangunan projek.

PENGLIBATAN DALAM INDUSTRI AUTOMOBIL

Apabila Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumunkan bahawa Malaysia akan memulakan pengeluaran sulung kereta nasional,Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh telah menyertai kumpulan projek kereta nasional yang menyaksikan kelahiran sulung Proton dan juga Edaran Otomobil Nasional Bhd (EON), syarikat yang mengedar Proton untuk pasaran domestik. Pada tahun 1984, beliau telah bertukar dari HICOM untuk berkerja di EON sebagai Pengurus Pemasaran Perkhidmatan. Dua tahun selepas itu, beliau dinaikan pangkat kepada pengurus Division. Bermula detik itu, Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh kemudian dilantik sebagai Lembaga Pengarah EON pada tahun 1989, dan akhirnya dilantik sebagai Ketua Pegawai Ekskutif EON pada tahun 1990 pada usia 36 tahun.

SENTUHAN TAN SRI MOHAMAD NADZMI SALLEH

Selepas setahun beliau memegang jawatan ini, pencapaian keuntungan EON sebelum cukai pada tahun itu meningkat daripada RM38 juta ke RM120.6 juta. Mendaki Puncak Pada November 1992, beliau akhirnya ditukarkan kepada Penolong Ketua Pegawai Eksekutif Proton dan 3 tahun kemudian dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Proton pada usia 39 tahun. Kemudian, beliau berundur dari Proton dan menubuhkan syarikatnya sendiri Nadicorp Holding Sdn. Bhd yang terlibat dalam perniagaan terasnya adalah pengangkutan darat awam. Dan kini, beliau boleh berbangga kerana Nadicorp Holding Sdn. Bhd kini merupakan syarikat terbesar dalam pengangkutan darat awam Transnasional, dan beberapa anak syarikat dalam pembangunan hartanah dan lain-lain. Antaranya :-

Independent Non Executive Chairman
JT International Bhd

Chairman
Trisilco Folec Sdn Bhd

Director
NADICORP Holdings Sdn. Bhd.

 Former Independent Non Executive Director
Ayer Hitam Tin Dredging Malaysia Bhd
1996-N/A

Senior Independent Non-Executive Director and Member of Audit Committee
VS Industry Berhad
1996-Present

Independent Non-Executive Director, Member of Audit Committee, Member of Nomination Committee and Member of Project Investment Committee
Ranhill Utilities Sdn Bhd
2002-Present

Former Chairman, Managing Director and Chairman of Executive Committee
Park May Bhd
2003-N/A

Chairman and Managing Director
Konsortium Transnasional Bhd
2005-Present

Executive Chairman and Managing Director
Transocean Holdings Bhd.
2007-Present

Former Chairman, Chairman of Board Nomination & Remuneration Committee and Chairman of Board Disciplinary Committe
Proton Holdings Bhd.
2009-2012

PERWATAKAN

Perwatakan Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh yang sentiasa gembira dan tersenyum membuatkan beliau disenangi dan digeruni lawan. Semasa beliau memegang jawatan di EON, beliau banyak bertemu pegawai kanan dan pengerusi syarikat pengeluar kereta di seluruh dunia dan banyak belajar dari mereka. Beliau juga banyak belajar pengurusan dan perniagaan melalui rakan-rakan rapatnya yang bersama-sama bertukar idea dan pendapat dalam selok belok dunia bisnes.

Kini Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh turut memegang jawatan penting dalam beberapa syarikat besar. Antaranya adalah Pengerusi Eksekutif Mara Holding Sdn. Bhd., Pengerusi R. J. Reynold, Pengerusi Eksekutif ERL, Pengarah/Pengerusi Len Brothers Rubber Products Industries Berhad, dan Pengarah SIRIM.

ANUGERAH DAN PENCAPAIAN

Datuk Sri Nadzmi juga tidak terlepas dari menghadapi pengalaman buruk dalam perniagaannya antaranya kesilapan memilih pengurus yang tidak setia. Menurut beliau, terdapat dua (2) jenis pengurus iaitu seorang yang melaksanakan sesuatu dan seorang yang langsung tidak mempunyai idea tentang perkara yang berlaku. Datuk Seri Nadzmi berpendapat bahawa seseorang usahawan seharusnya tahu bagaimana melakukan sesuatu dalam masa yang singkat dan pada kos yang paling rendah. Beliau dianugerahkan Malaysian Business Man of The Year 1986. Pada tahun 1993, beliau di nobatkan sebagai National Outstanding Youth Malaysian Award di bawah kategori Bisnes dan Inovasi Ekonomi. Beliau juga terpilih sebagai ahli Global Leaders for tomorrow di Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland.

“Anda harus berhati-hati apabila menggaji pekerja terutama pekerja di bahagian pentadbiran.Mereka seharusnya tahu untuk belajar dari kesilapan dan tidak mengulanginya. Kesilapan juga adalah salah satu kos dalam perniagaan” Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh

Usahawan yang baik mesti mengambil risiko tetapi tidak boleh gopoh dan tamak. Jika anda terlalu berada dalam keadaan selesa (tidak mengambil risiko), anda tidak akan menjadi seseorang yang hebat. Orang hebat selalunya mengambil risiko” Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh

FAKTOR KEJAYAAN

Salah satu faktor yang menyumbang kepada kejayaa nnya adalah perwatakannya yang sentiasa ceria dan tersenyum, mudah mesra dan senang didekati.Ketika beliau memegang jawatan di EON, beliau menemui ramai pegawai kanan dan pengerusi syarikat pengeluar kereta di seluruh dunia dan belajar daripada mereka dan itulah pengalaman. Idea yang banyak di perolehi daripada pengalaman ini yang digunakannya bagi mengembangkan EON.

Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh  percaya kepada kepelbagaian dalam pengurusan diri. Semasa kecil, beliau seperti kanak-kanak biasa suka mengumpul setem dan duit syiling. Beliau juga gemar memasak dan pernah diberi penghargaan sebagai tukang masak terbaik dalam pasukan pengakap yang di anggotainya ketika bersekolah dahulu. Beliau mahir memasak masakan antarabangsa, antaranya masakan Itali dan Iran.

Pada awal pembabitannya dalam bidang korporat, beliau mendapat banyak ilmu dan pengalaman yang berguna dalam dunia pengurusan dan perniagaan melalui pergaulan rapatnya dengan mendiang Tan Sri Loh Boon Siew dan Tan Sri Eric Chia. Beliau juga yakin pengurusan perlu dilakukan dengan bermatlamat, memerlukan kesabaran dan usahawan perlu berani mengambil risiko.

Falsafah inilah yang dipegang oleh YBhg. Datuk Sri Mohd Nadzmi Mohd Salleh

“Untuk  berjaya dalam perniagaan, usahawan perlu mempunyai minat yang mendalam dan jati diri yang tinggi.”

SUMBER

– http://www.scribd.com/doc/40886346/Tan-Sri-Mohamad-Nadzmi-Salleh
– http://www.pts.com.my/modules.php?name=News&file=print&sid=324
– http://www.punb.com.my/index.php?ch=en_med&pg=en_med_bizarticle&ac=25
– http://www.bharian.com.my

Dapatkan info terkini dunia bisnes terus ke inbox anda dengan melanggan newsletter kami.

Top