Sebagai umat Islam, adalah wajib untuk kita mencari makanan dan minuman daripada sumber yang halal.

Namun bagi sesebuah bisnes untuk dapatkan pengiktirafan halal bukanlah suatu perkara yang mudah, malah ia mengambil masa yang lama.

Terdapat banyak syarat dan peraturan yang perlu dipenuhi sebelum bisnes tersebut layak menerima sijil halal.

Yang terbaharu, pengasas Dendeng Nyet Berapi dan Sambal Nyet Berapi, Khairul Aming telah tampil menjelaskan mengapa pihaknya mengambil masa yang agak lama untuk memperoleh sijil halal.

Menerusi platform media sosial X, beliau menyatakan syarikatnya sudah ada perancangan untuk mendapatkan sijil halal. Walau bagaimana pun, terdapat langkah yang lebih penting untuk dipenuhi terlebih dahulu.

Step by step. Pertamanya, kena dapatkan sijil MeSTI untuk pastikan kilang bersih dan selamat disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Perkara ini memakan masa selama 2 tahun lebih sebab kita buat kilang dari scratch. Bukan sehari dua nak siapkan kilang sebab nak setup flow, pembelian mesin, proses renovasi, pengembangan kilang dan sebagainya.

“Tapi alhamdulillah KKM bagi banyak tunjuk ajar selama dua tahun lebih ini dan kita baru sahaja dapat sijil MeSTI pada 31 Januari 2024, iaitu dua hari sebelum Dendeng Nyet dilancarkan.”

Mengulas lanjut, setelah berjaya mendapatkan sijil MeSTI, beliau akan memohon sijil Halal dan diikuti dengan sijil Good Manufacturing Practice (GMP) dan sijil Hazard Analysis & Critical Control Point (HACCP).

Dengan adanya empat sijil ini, maka lebih cerah peluang bagi pengasas Rasapop Sdn Bhd ini untuk pasarkan produknya ke luar negara pada masa akan datang.

aming

Tambah Khairul, strategi ini juga telah dirujuk dengan semua pihak berkenaan bagi memastikan semua proses berjalan lancar.

Pada 2 Februari 2024, Khairul Aming memecahkan rekod jualan RM 1 juta terpantas di TikTok Malaysia pada hari pelancaran Dendeng Nyet Berapi.

Tidak lama selepas itu, beliau turut berjaya menjual produk tersebut di Shopee sebanyak 40,000 dalam masa 2 minit sahaja.

Jumlah bagi kedua-dua jualan tersebut dianggarkan kira-kira sebanyak RM 1.7 juta.

Sumber : Twitter Khairul Aming

6 Formula Rahsia Khairul Aming Sehingga Dapat Jual 13,000 Botol Sambal Nyet Dalam Masa 2 Minit

Dapatkan info terkini dunia bisnes terus ke inbox anda dengan melanggan newsletter kami.

Top