Dalam berbisnes memang tidak dinafikan memang cukup banyak dugaannya. Ditambah pula dengan keadaan ekonomi menentu, mungkin ada sesetengah pelanggan yang berkira-kira ketika membeli.

Namun sebagai pemilik bisnes, anda pasti buntu apabila sudah meletakkan harga murah pada produk namun masih susah untuk dapatkan pelanggan. Mengapa boleh jadi begini, ya?

Sebenarnya ada teknik yang perlu anda tahu supaya pelanggan berminat untuk membeli produk anda tanpa menghiraukan berapa harga yang anda letak sekali pun.

Ingin tahu caranya? Ayuh kita pelajari 4 teknik jualan ini.

4 Teknik Jualan Yang Buat Pelanggan Tak Kisah Untuk Membeli Produk Anda Walaupun Harga Mahal

1. Kuatkan Branding Anda

Percayalah bahawa branding yang kuat akan membuatkan pelanggan tak kisah dengan harga produk yang telah ditetapkan. Lihat saja jenama seperti Duck, Starbucks dan Siti Khadijah.

Semua jenama ini menawarkan produk yang agak keras harganya, namun ketiga jenama ini merupakan antara yang paling popular dalam industri masing-masing.

Pelanggan mereka juga sering menanti-nantikan keluaran produk terbaru dan akan menjadi yang terawal untuk mendapatkannya.

Jadi, apa yang anda boleh buat untuk kuatkan branding? Anda perlulah mendidik pelanggan mengenai bisnes anda serta produk yang anda tawarkan.

Tekankan kepada pelanggan mengenai kualiti serta kelebihan yang ada pada produk. Barulah pelanggan akan rasa lebih berbaloi untuk membayar lebih demi memiliki produk anda.

2. Tentukan Target Market

Jenama yang disebut tadi seperti Duck dan Siti Khadijah tidak dinafikan mempunyai target marketnya tersendiri iaitu golongan berpendapatan yang agak tinggi. Sebab itulah mereka mampu menjual produk pada harga yang agak mahal.

Jadi, anda juga perlu tentukan target market yang jelas bagi produk anda. Sekiranya anda memilih untuk menjual pada golongan atasan, anda perlulah yakin untuk meletakkan harga produk yang mahal.

Sekiranya bertepatan dengan kualiti yang ditawarkan, apa salahnya, bukan?

Namun, jangan pula anda tersasar untuk turunkan harga demi memenuhi target market golongan pertengahan dan ke bawah.

Ini boleh menyebabkan pelanggan tidak yakin dengan jenama anda dan menganggap anda hanya menjual semata-mata untuk lariskan produk.

3. Berikan Offer Menarik

Untuk menarik jualan, anda juga boleh berikan manfaat tambahan kepada pelanggan menerusi tawaran menarik.

Sebagai contoh, anda boleh adakan promosi Beli 1 Percuma 1 atau rundingan percuma untuk pelanggan sempena hari tertentu seperti hari perayaan dan sebagainya.

Pelanggan pasti tak akan lepaskan peluang untuk mencuba produk anda ketika diberikan tawaran sebegini.

teknik jualan

4. Luaskan Jaringan Bisnes

Bila anda sudah terlibat dalam bidang perniagaan, adalah penting untuk anda membina jaringan dengan para usahawan lain.

Usahawan yang lebih berpengalaman boleh memberikan anda nasihat dan tips untuk menjual produk sementara yang baru pula boleh berkongsi trend terkini dan mungkin lebih arif tentang situasi pasaran masa kini.

Sekiranya produk anda sukar untuk terjual, jangan mudah berputus asa. Cuba dahulu tips-tips ini, ia pasti dapat membantu anda untuk maksimakan hasil jualan walaupun harga produk anda mahal. Pastikan pelanggan nampak kekuatan jenama anda berbanding yang lain di pasaran. Anda juga perlu tentukan target market yang jelas dan adakan tawaran secara berkala untuk tarik pelanggan.

Pada masa yang sama, adalah penting untuk anda ketahui selok belok perniagaan daripada usahawan yang lebih berpengalaman. Usahawan baharu pula boleh berkongsi trend terbaharu yang bermanfaat untuk rancakkan bisnes.

Sumber : Bisnis Milennial

Dapatkan info terkini dunia bisnes terus ke inbox anda dengan melanggan newsletter kami.

Top