Alibaba Group Holding baru mengumumkan bahawa Eddie Yongming Wu, penerusi Taobao dan Tmall Group akan menggantikan posisi Daniel Zhang sebagai Ketua Pegawai Operasi (CEO) dalam satu rombakan eksekutif terbesar mereka sejak penstrukturan semula syarikat tersebut.

Setelah pengasas Alibaba, Jack Ma berundur daripada syarikat gergasi tersebut, Daniel Zhang telah mengisi kekosongan dan mengemudi Alibaba sebagai CEO pada tahun 2015 dan pengerusi pada tahun 2019.

Zhang yang berusia 51 tahun akan ditugaskan untuk fokus kepada kumpulan Cloud Intelligence. Sejak Disember lalu, Zhang telah menggalas tugas CEO merangkap pengerusi serta ketua operasi bagi Alibaba Cloud Intelligence, iaitu syarikat teknologi digital yang mempunyai kepentingan besar bagi pengoperasian Alibaba.

alibaba Group

Sementara itu, Joseph Tsai yang merupakan Timbalan Pengerusi Eksekutif Alibaba akan menggantikan posisi Zhang sebagai Pengerusi Alibaba Group.

“Ini adalah waktu yang tepat untuk saya melakukan transisi memandangkan Alibaba Cloud kini menunjukkan progres yang positif. Saya mengharapkan kerjasama yang baik bersama Joseph dan Eddie pada masa akan datang”, ulas Zhang mengenai rombakan ini.

alibaba Group

Sebelum ini, Zhang juga membangunkan Taobao Marketplace dan telah mencetuskan festival membeli-belah Single’s Day yang mendapat sambutan hangat dalam kalangan pelanggan e-commerce setiap tahun sehingga kini.

Memetik sebuah kenyataan yang disiarkan Selasa ini, perubahan ini akan berkuatkuasa bermula 10 September 2023.

Rombakan Alibaba Group Selaras Dengan Rancangan Model Pengurusan Terbaharu

Pada Mac tahun ini, Alibaba telah mengumumkan penstrukturan organisasi yang paling besar sejak syarikat ditubuhkan. Dalam rancangan tersebut, Zhang turut memperkenalkan implementasi model pengurusan terbaharu bagi menstrukturkan semula operasi dalam syarikat serta bisnes di bawah pimpinan Alibaba.

Rancangan tersebut mendedahkan rancangan Alibaba Group dalam membangunkan enam kumpulan bisnes utama iaitu Alibaba Cloud Intelligence, Taobao dan Tmall Commerce, Perkhidmatan Tempatan, Dagangan Digital Antarabangsa, Cainiao dan Alibaba Digital Media and Entertainment. Setiap kumpulan bisnes akan memiliki CEO dan lembaga pengarah masing-masing.

“Berbanding meletakkan semua bisnes dalam satu pimpinan, adalah lebih baik untuk setiap kelompok bisnes miliki pentadbiran sendiri untuk perkembangan yang lebih baik dalam pasaran,” jelas Daniel Zhang.

Sumber : SCMP, NST, Pandaily

Dapatkan info terkini dunia bisnes terus ke inbox anda dengan melanggan newsletter kami.

Top