Pengguna pengangkutan awam bakal diperkenalkan dengan pilihan pembayaran melalui kad kredit atau debit tidak lama lagi.

Pembaharuan yang diperkenalkan ini bertujuan untuk memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna ketika membuat pembayaran pengangkutan awam seperti LRT, MRT dan bas Rapid.

pembayaran pengangkutan awam

Anthony Loke, Menteri Pengangkutan berkata bahawa penumpang pengangkutan awam boleh membayar tambang menggunakan kad kredit atau debit tidak lama lagi.

Beliau telah mengarahkan agensi seperti KTM dan Prasarana untuk mengaplikasikan sistem pembayaran terbuka dan tidak terhad kepada Touch ‘n Go untuk perkhidmatan pengangkutan awam.

Masalah yang dihadapi oleh penumpang ketika menggunakan kad Touch ‘n Go di stesen bas atau keretapi boleh menyebabkan kesesakan di stesen bas atau keretapi terutamanya pada waktu kemuncak.

Dengan pilihan pembayaran yang lebih fleksibel, pengguna pengangkutan awam tidak perlu risau lagi untuk tambah nilai kad Touch n Go atau beratur untuk membeli token secara fizikal.

Menerusi laporan dari Astro Awani, pembaharuan yang bakal diperkenalkan ini juga selaras dengan jaminan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berjanji akan meneliti isu yang disuarakan oleh rakyat.

Menurut beliau dalam satu kenyataan, isu ini perlu dipertimbangkan memandangkan sistem dan pengoperasian Touch ‘n Go dilihat tidak menunjukkan kemajuan meskipun telah beroperasi selama lebih dua dekad.

Penggunaan sistem pembayaran yang terbaharu ini dilihat bukan sahaja dapat memudahkan, malah ia juga bakal menjimatkan masa para pengguna.

Jadi, dengan adanya pilihan pembayaran melalui kad kredit atau debit ini, urusan pengguna dalam membuat pembayaran tambang akan jadi lebih lancar dan mudah.

Tambah Anthony Loke, sistem ini telah diuji di LRT namun tidak didedahkan kepada umum. Tempoh beberapa bulan mungkin diperlukan untuk mengintegrasikan sistem pembayaran terbuka itu.

Anthony Loke juga menekankan bahawa buat masa ini, pembaharuan tersebut hanya melibatkan pengangkutan awam sahaja. Lebuhraya belum diadaptasi lagi dengan sistem ini kerana ia tertakluk kepada Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Semoga pembaharuan yang bakal diperkenalkan ini dapat memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia. Aama-sama kita nantikan perkembangan daripada pihak kerajaan mengenai pembaharuan ini demi kemudahan pengguna pengangkutan awam.

sumber: amanz.my

Dapatkan info terkini dunia bisnes terus ke inbox anda dengan melanggan newsletter kami.

Top