susu mentah farm fresh

Farm Fresh ialah jenama terkemuka dalam pengeluaran susu segar di Malaysia dan merupakan antara jenama yang terkenal dan dipercayai industri tenusu negara.

Pengasasnya, Loi Tuan Ee, melancarkan produk Farm Fresh pada tahun 2009 dengan matlamat untuk menyediakan susu segar tempatan berkualiti dan pada masa yang sama, mengurangkan kebergantungan terhadap produk tenusu yang diimport dari luar negara.

Farm Fresh Milk Sdn Bhd menyajikan lebih daripada 135 jenis produk berasaskan susu segar berkualiti, susu UHT yang tahan lama, susu berperisa, alternatif susu berasaskan tumbuhan, yogurt, jem buah-buahan serta sos. Syarikat ini juga terus berinovasi dari semasa ke semasa bagi memenuhi keperluan rakyat Malaysia.

Farm Fresh dari susu mentah

Dalam pada itu, Farm Fresh Sdn Bhd berhasrat untuk mengurangkan kebergantungan terhadap susu mentah yang dibekalkan oleh peladang pihak ketiga dengan meningkatkan jumlah susu huluan yang dihasilkan. Malah, ia turut untuk meningkatkan nisbah pengeluaran dalaman berbanding pembelian dari luaran kepada 69:31 menjelang suku keempat tahun 2024.

Farm Fresh memperoleh kira-kira 14% daripada jumlah bahan mentah susu daripada petani pihak ketiga di Australia. Sementara itu, 17% lagi bahan mentah susu diperoleh daripada ladang syarikat itu sendiri di Malaysia dan Australia.

Penganalisis Maybank Investment Bank (Maybank IB), Jade Tam, menyatakan bahawa sasaran yang ditetapkan adalah sebagai sebahagian daripada usaha Farm Fresh untuk menangani tekanan kos yang mempengaruhi pendapatan syarikat tersebut.

Beliau menyatakan bahawa pendapatan Farm Fresh akan menghadapi cabaran akibat tekanan kos yang berlaku pada masa terdekat dan boleh memberi impak terhadap separuh pertama tahun kewangan yang berakhir pada 31 Mac 2024

Walau bagaimanapun, dijangka penjimatan yang diperoleh daripada kos susu mentah dan faktor-faktor lain akan membantu meningkatkan prestasi secara keseluruhan pada separuh kedua tahun kewangan tersebut.

Dalam nota penyelidikan, beliau meramalkan bahawa pada separuh kedua tahun kewangan 2024, Farm Fresh dijangka mencatatkan pertumbuhan prestasi yang lebih kukuh. Ini disebabkan oleh permintaan produk yang stabil, peningkatan harga produk, dan pengurangan kos bahan mentah.

susu mentah farm fresh

Maybank IB menurunkan anggaran perolehan saham Farm Fresh untuk tahun kewangan 2024 dan 2025 sebanyak 11 hingga 21 peratus disebabkan oleh struktur kos bahan mentah syarikat tersebut.

Malah, Maybank IB mengekalkan saranan ‘pegang’ terhadap saham Farm Fresh dengan sasaran harga lebih rendah iaitu RM1.20 sesaham.

Pengurangan harga jualan purata (ASP) ladang sumber susu Australia di musim pengeluaran 2023/2024 dijangka antara 10 hingga 14 peratus, tetapi pengurusan Farm Fresh hanya mengesahkan penurunan sekitar 4 peratus. Lonjakan permintaan dan kesan musim kemarau dan kekurangan pekerja di Australia turut mempengaruhi harga ASP yang berbeza – beza.

Farm Fresh membeli kira-kira 14 peratus daripada susu mentah dari petani pihak ketiga di Australia, yang setara dengan lebih 100 juta liter pada tahun kewangan berakhir 31 Mac 2024.

Dalam masa yang sama, Farm Fresh turut merancang untuk melancarkan susu tepung tumbesaran baharu pada Oktober 2023 dan memperkenalkan produk aiskrim dalam pasaran domestik pada Januari 2024.

Sumber: BeritaHarian

Dapatkan info terkini dunia bisnes terus ke inbox anda dengan melanggan newsletter kami.



Top