Turnitin' AI

Syarikat yang dikenali dengan perisian pengesanan plagiat iaitu Turnitin, telah memperkenalkan ciri teknologi baharu yang selari dengan perkembangan teknologi Artificial Intelligence (AI) masa kini iaitu iaitu AI Turnitin.

Seperti yang kita tahu, teknologi AI kini menjadi keperluan ramai pengguna dalam mendapatkan maklumat secara pantas.

Disebabkan keberkesanannya dalam mengumpul data dengan pantas, sesetengah pelajar juga mengambil kesempatan untuk menggunakan perisian AI seperti ChatGPT, Jasper AI dan Caktus AI untuk menyiapkan tugasan mereka.

Turnitin's AI Diperkenalkan

Perkembangan teknologi AI turut membimbangkan tenaga pengajar dan institusi pendidikan memandangkan plagiat merupakan satu masalah yang serius dalam dunia akademik.

Di situlah terdetiknya inspirasi untuk menghasilkan perisian AI Turnitin.

Digunakan oleh lebih 16,000 institusi daripada 140 negara, AI Turnitin bakal memudahkan kerja semakan dan pengesanan plagiat dalam usaha menegakkan standard integriti akademik.

Teknologi pengesan AI ini akan membantu para pendidik dalam mengesan dan memeriksa kesahihan tugasan akademik pelajar termasuk mengesan penggunaan AI seperti ChatGPT.

Sebelum ini, pengesanan plagiat hanya bergantung kepada kemahiran pengajar dalam menyemak dan membandingkan teks pelajar dengan sumber-sumber lain.

Ciri baharu ini bakal diintegrasikan dalam sistem Turnitin yang sedia ada termasuk Turnitin Feedback Studio(TFS), TFS with Originality, Turnitin Originality, Turnitin Similarity, Simcheck, Originality Check and Originality Check+.

Ketua pegawai produk Turnitin, Annie Chechitelli berkata teknologi itu mempunyai ketepatan yang tinggi dan kadar false positive rendah ketika mengesan teks yang dijana AI dalam penulisan pelajar.

Tambahnya lagi, bagi mengekalkan kadar false positive kurang daripada satu peratus, mereka hanya mengesahkan plagiat apabila 98% daripada kandungan dikenalpasti sebagai hasil tulisan AI berdasarkan data yang sahih.

Sumber: Turnitin

Pengenalan teknologi AI dalam Turnitin bakal memberi lembaran baharu kepada pengurusan plagiat di kalangan siswa dan siswazah.

Secara tidak langsung, inisiatif Turnitin ini juga dapat membantu menegakkan standard integriti akademik dalam melahirkan graduan yang berkualiti.

Dengan pengenalan alat baru ini, Turnitin sekali lagi membuktikan bahawa mereka mempunyai komitmen yang kukuh dalam membantu para pendidik dan pelajar dalam menjana hasil kerja yang berkualiti.

Sebagai rakan kongsi yang dipercayai bagi ribuan institusi, teknologi baharu yang diperkenalkan oleh Turnitin ini diharap dapat membendung kegiatan pelajar yang banyak bergantung kepada AI untuk menyiapkan tugasan kuliah.

Baca juga: Lelaki Ini Jana Lebih US$1,000 Melalui ChatGPT Dalam Sehari

Dapatkan info terkini dunia bisnes terus ke inbox anda dengan melanggan newsletter kami.

Top