Percaya atau tidak, seorang pereka jenama dan penulis dari Oklahoma City berjaya meraih US$1,378.84 (anggaran RM 6066.90) untuk syarikatnya hanya dalam satu hari dengan arahan dan langkah yang disarankan oleh ChatGPT.

“Anda mempunyai US$100 (anggaran RM 440), dan matlamat anda adalah untuk menjadikannya sejumlah wang sebanyak yang mungkin dalam masa yang singkat, tanpa melakukan apa-apa yang menyalahi undang-undang,” kata Jackson Greathouse Fall.

Bermula dengan modal kecil ini, Greathouse Fall meminta idea daripada ChatGPT untuk menjana keuntungan sebanyak mungkin dalam masa yang singkat.

Di sinilah permulaan bagi syarikat baharu Greathouse Fall. Walaupun masih baru, namun ia mampu memberikan pulangan melebihi US$1000 sehari!

Dia telah berkongsikan perbualannya bersama chatbot itu di Twitter.

Seperti yang kita tahu, ChatGPT adalah AI chatbot yang berfungsi untuk menjawab sebarang persoalan yang diajukan daripada pengguna dengan memberikan maklumat yang tepat dan pantas. Namun, Greathouse Fall telah mengambil risiko untuk mempercayai ChatGPT secara bulat-bulat dan menjadikannya AI keusahawanan dan business partner.

Selepas mengadakan beberapa siri perbincangan bersama ChatGPT, chatbot itu menyarankan Greathouse Fall untuk membuka perniagaan yang dikenali sebagai Green Gadget Guru. Bisnes ini menawarkan produk dan tips untuk membantu orang ramai menjalani gaya hidup yang lestari.

Mari kita lihat cara Greathouse Fall menggunakan ChatGPT untuk melancarkan bisnesnya dalam SATU HARI :

openai chatgpt

4 Saranan ChatGPT Kepada Greathouse Fall Untuk Melancarkan Bisnes Dalam Masa Satu Hari

Langkah Pertama : Beli Domain dan Hosting

ChatGPT mencadangkan Greathouse Fall untuk membeli nama domain website dengan harga kira-kira US$10, serta pelan site-hosting berharga dalam US$5 untuk sebulan.

Langkah Kedua : Sediakan Niche Affiliate Website

Kemudian, ChatGPT menyarankan lelaki ini untuk gunakan modal yang berbaki US$85 bagi menghasilkan sebuah website dengan content menarik. AI tersebut menyatakan bahawa Greathouse Fall perlu memberi perhatian kepada ‘niche yang menguntungkan, namun persaingannya sedikit.’

Chatbot itu meminta Greathouse Fall untuk membangunkan sebuah affiliate website. Website sebegini dapat mempromosikan produk sebagai pertukaran dengan komisen jualan.

Oleh itu, chatbot itu turut menyarankan supaya Greathouse Fall membuat kajian terhadap program affiliate yang mempunyai kadar komisen yang tinggi.

Daripada situ, ChatGPT mencadangkan nama domain EcoFriendlyFinds.com kepada penulis tersebut. Namun, untuk memperoleh nama domain tersebut, Greathouse Fall perlu membelanjakan kos sebanyak US$800. Jadi, dia pun terinspirasi untuk gunakan nama domain GreenGadgetsGuru.com yang boleh dibeli dengan harga US$8.16 dan tambahan US$29 untuk site hosting.

Kini, daripada US$100, modalnya sudah berbaki US$62.84 sahaja lagi.

Langkah Ketiga : Manfaatkan Media Sosial

Setelah website dibangunkan, ChatGPT menyarankan kepada Greathouse Fall untuk berkongsi artikel dan review produk di platform media sosial seperti Facebook dan Instagram. Chatbot itu turut mencadangkan Reddit sebagai platform komuniti yang mampu menarik ramai pelanggan berpotensi dan mendorong trafik website.

Selain itu, Greathouse Fall juga meminta ChatGPT untuk mereka logo website. Dia mengambil logo yang telah dijana oleh AI DALL-E 2 dan mengolahnya sendiri menggunakan Illustrator.

Setelah itu, dia juga menggunakan khidmat ChatGPT untuk menulis artikel pertama di website itu yang bertajuk Ten Eco Friendly Kitchen Gadgets.

Seterusnya, Greathouse Fall mengikuti saranan chatbot untuk membelanjakan US$40 daripada baki modalnya untuk hasilkan iklan di Facebook dan Instagram. Iklan di media sosial adalah kaedah pemasaran yang baik untuk target pengguna yang berminat dengan produk mesra alam.

Langkah Keempat: Optimumkan Enjin Carian

Demi memacu trafik di website, Greathouse Fall menggunakan teknik SEO untuk mengoptimumkan enjin carian. Dia juga melancarkan website tersebut untuk menarik publisiti.

Anda rasa apakah hasilnya?

Di penghujung hari pertama, Greathouse Fall dikatakan berjaya memperoleh US$500 (anggaran RM 2,200) dalam pelaburan. Tanpa mendedahkan pelaburnya, dia menulis tweet bahawa “DMnya dibanjiri dan pihaknya ‘tidak akan mengambil pelabur lagi melainkan termanya menguntungkan.’

Seperti yang kita boleh lihat, Greathouse Fall mampu menjana sehingga US$1,000 lebih dalam masa sehari dengan bermodalkan US$100 sahaja. Pencapaian luar biasa Greathouse Falls ini membuktikan kolaborasi antara manusia dan AI adalah tidak mustahil dan mampu memberikan pulangan lumayan.

Jadi, tidak hairanlah jika lebih ramai orang bakal menggunakan AI untuk tingkatkan mutu perniagaan atau rutin harian mereka pada masa akan datang.

Baca juga: ChatGPT OpenAI Tawarkan Pelbagai Kelebihan Untuk Lancarkan Operasi Bisnes

Dapatkan info terkini dunia bisnes terus ke inbox anda dengan melanggan newsletter kami.



Top