Untuk mencapai pelanggan dan buat jenama lebih terkenal, pasti ramai peniaga yang memilih untuk membuka booth. Tak kiralah betapa besarnya ekspo perniagaan yang anda sertai, kalau tak kena dengan strategi, booth memang sukar untuk tarik pelanggan. Anda sendiri juga akan rugi kerana bukan murah untuk sewa tapak di booth.

Jadi, untuk membantu anda kencangkan lagi jualan di booth dan tarik lebih ramai pelanggan, pengasas Sobella Cosmetics, Wan Nur Syuhada Wan Norzie ingin kongsikan beberapa tips.

Dengan tips yang diamalkan ini, beliau berjaya mendorong team jualannya untuk mengumpul hasil jualan sehingga berpuluh ribu ringgit sehari!

Tanpa melengahkan masa, jom kita semak beberapa tips untuk tingkatkan hasil jualan di booth.

Tingkatkan Jualan Booth

9 Tips Untuk Tingkatkan Jualan Booth Yang Setiap Peniaga Perlu Tahu

1. Buat Marketing All Out

Membuka booth tak bermakna anda hanya perlu bergantung kepada pemasaran secara bersemuka semata-mata. Untuk war-warkan pembukaan booth, lakukan marketing sebanyak yang mungkin. Jika mampu, cari event organizer yang boleh lakukan marketing padu untuk promosikan bisnes anda.

Sebagai peniaga, anda juga perlu sama-sama buat marketing untuk tarik pelanggan supaya lebih ramai yang tahu kewujudan booth anda.

2. Hiaskan Booth

Menurut Wan Syuhada, the first 5 seconds impression adalah sangat penting untuk mendorong pelanggan ke booth anda.

Bila pelanggan lalu lalang, mereka akan lihat sekilas booth kita dan putuskan sama ada berbaloi atau tidak untuk singgah.

Jadi, peniaga perlulah melabur sedikit supaya booth lebih cantik dan menyerlah. Kalau dihias secara ala kadar, alamatnya memang orang akan lalu sahaja dan tak singgah. Bila dah hias cantik-cantik, jangan lupa untuk pelawa pelanggan dengan mengulang skrip contohnya, “SoBella Makeup Raya jom masuk kak!”.

Tingkatkan Jualan Booth

3. Sediakan Stok Banyak-Banyak

Bila dah ada booth, inilah masanya untuk anda perkenalkan produk secara all out. Jangan malu untuk keluarkan stok dan susun cantik-cantik di meja display atau rak display. Bila pelanggan nampak stok yang banyak, secara automatik mereka akan rasa teringin untuk dapatkannya.

Cara ini juga berkesan untuk anda tunjukkan kepelbagaian produk yang jenama anda tawarkan.  Lagi banyak produk yang anda letak, lebih ramai pelanggan akan kerumun. Kalau tak percaya, cubalah!

4. Jangan Kedekut Tester

Kalau nak tarik pelanggan, anda mesti sediakan tester lebih-lebih lagi jika anda menjual produk kecantikan atau penjagaan wajah. Ibarat seperti anda sedang shopping baju, anda pasti nak cuba baju di badan sendiri, bukan setakat lihat yang patung pakai sahaja.

Untuk produk kosmetik, peniaga perlu main peranan dan calit terus produk pada tangan pelanggan. Jangan calit sikit-sikit, nanti tak nampak warna cantik mekap tu. Lepas sudah sapu, puji sedikit kesesuaian warna mekap dengan kulit pelanggan. Mereka pasti ingin miliki produk anda!

5. Product Knowledge Mesti Kena Power

Macam mana nak menjual kalau tak ada ilmu pasal produk? Jadi, setiap staff perlu belajar tentang product knowledge dan cara untuk tawan hati pelanggan. Sekiranya anda menjual kosmetik, pastikan staff pandai padankan warna foundation dengan tona kulit, warna lipmatte yang paling laris, cara pakai blusher dan eyeshadow dan sebagainya.

Staff juga perlu berlatih untuk explain kepada pelanggan cara untuk pilih foundation, warna lipstik yang sesuai dan macam-macam lagi.

Dengan product knowledge yang mantap, ia boleh membuatkan pelanggan lebih percaya dengan jenama anda. Barulah mereka akan terdorong untuk buat pembelian!

6. Utamakan Imej Staff di Booth

Bila booth dah cantik, staff pun kena ada imej yang elok mata memandang. Bagi pengasas Sobella Cosmetics ini, beliau biasa sediakan uniform serta custom apron untuk wujudkan suasana booth ala Sephora.

Bila anda menjual produk wanita seperti pakaian atau mekap, pastikan staff perempuan memakai barangan jualan anda.

Bila nampak staff sendiri memakai jenama anda, barulah pelanggan lebih tertarik nak mencuba sendiri.

Jika anda menjual kosmetik, pastikan semua staff lengkap bersolek. Untuk staff lelaki pula, boleh calitkan sedikit liptint supaya raut wajah nampak lebih segar.

Tingkatkan Jualan Booth

7. Sediakan Pelbagai Payment Method

Ini adalah salah satu tips paling penting untuk tingkatkan jualan booth. Nak tak nak, anda kena sediakan pelbagai pilihan pembayaran. Tambahan pula, pelanggan masa kini lebih suka membuat bayaran secara atas talian.

Silap haribulan, jika booth anda tak ada pilihan pembayaran online, hajat pelanggan untuk membeli juga boleh terbantut.

Selain menyediakan machine card, print siap-siap sekali kod QR Pay dan butiran untuk online transfer. Jangan lupa untuk sediakan sekali wang tunai!

8. Kena Pandai Upsell

Bila pelanggan dah tertarik dengan jenama anda, rugi kalau mereka membeli sekadar satu produk. Sebagai contoh, jika pelanggan nak membeli satu lipmatte, pujuk pula mereka untuk mencuba palette eyeshadow.

Beri mereka cuba sendiri tekstur dan warna eyeshadow. Kemudian, pancing dengan ayat-ayat seperti, “Nampak tak kak tekstur dia best, kan? Biasa kualiti macam ni harga RM 80 ke atas. Kita punya RM 45 je kak, siap dapat free 2 brush untuk eyeshadow dengan blusher”.

Mesti pelanggan susah nak menolak bila diberi tawaran menarik macam ni.

9. Kuatkan Branding di Booth

Untuk kuatkan branding dan menarik perhatian pelanggan, jangan harapkan papan tanda yang organizer beri sahaja. Sebaliknya, buatkan custom papan tanda besar-besar dan bunting logo di booth. Susun cantik-cantik supaya orang tertarik untuk singgah booth kita.

Berkongsi pengalaman ketika buka booth, Wan Nur Syuhada cukup teruja apabila pelanggan dapat mengecam jenama Sobella. Mereka akan kata “Eh ni SoBella yang kat highway tu la”. “Eh ni yang macam dalam radio.” “Weh ni yang Ain Edruce guna tu”. “Ni aku nampak TikTokers pakai”.

Bila pelanggan anda berikan respon sebegini bila lalu booth anda, maksudnya strategi branding anda berjaya.

Tingkatkan Jualan Booth

Kalau jenama anda ada peluang untuk buka booth, jangan sia-siakannya. Buat persediaan paling padu dan marketing serta branding ‘kaw-kaw’ untuk tarik pelanggan.

Selain menyediakan booth yang cantik, pastikan juga staff anda berpenampilan rapi dan sedia untuk menarik pelanggan dengan product knowledge yang mantap. Untuk kencangkan jualan, mereka juga perlu dilatih untuk upsell produk kepada pelanggan.

Dengan tips-tips ini, masalah booth sendu pasti tak akan timbul lagi. Silap-silap, anda yang tak menang tangan untuk melayan pelanggan. Selamat mencuba!

Sumber : Facebook WN Syuhada

Dapatkan info terkini dunia bisnes terus ke inbox anda dengan melanggan newsletter kami.



Top