Ekosistem perniagaan yang kompetetif pada hari ini menyukarkan usahawan muda dalam mengembangkan perniagaan mereka ke tahap yang lebih hebat jika masih lagi berharap pada bantuan kerajaan semata-mata. Usahawan muda seharusnya berusaha dengan lebih kreatif dan secara berkumpulan dalam mewujudkan budaya perkongsian maklumat dan teknologi selaras dengan perkembangan semasa. Selain itu, perkongsian pengalaman dan pemantauan dari usahawan yang telah berjaya juga penting kepada usahawan muda dalam mencapai kejayaan dan mengembangkan perniagaan ke persada dunia.

Dalam memperkasakan usahawan muda, Pertubuhan Genarasi Muda Berjaya (GMB) Malaysia yang diasaskan oleh saudara Agil Faisal Ahmad Fadzil ini telah mengambil inisiatif dalam menganjurkan   ‘Kongres Usahawan Muda 2015’ yang merupakan kesinambungan dari tahun 2014 bertujuan sebagai satu wadah bagi usahawan muda untuk mencerna landskap ekosistem perniagaan baharu dan berkongsi maklumat serta memberi cadangan kepada pihak kerajaan dalam mencorak ekosistem yang dinamik kepada usahawan muda untuk terus maju dan berkembang ke persada dunia.

gmb

Ahli Jawatankuasa Persatuan Generasi Muda Berjaya (GMB)

Bertemakan “Ekonomi Satukan Kita”Menuju ke Persada Dunia, Kongres Usahawan Muda akan diadakan secara Town Hall berkonsepkan parlimen yang bakal dihadiri oleh kelompok usahawan-usahawan muda dalam merangka roadmap selaras dengan dasar kerajaan dalam memperkasakan agenda ekonomi bumitputra dan juga menambah nilai usahawan muda sedia ada didalam aspek akses kepada pasaran, kewangan dan pembangunan kapasiti.

kg2014

Kongres Usahawan Muda 2014

3 Sebab Anda Wajib Hadiri Kongres Usahawan Muda Ini:

12339169_10153800791939637_8867622784192282568_o

1. Bersama Dalam Membuat Perubahan

Sekiranya anda telah berjaya membuat perubahan sosio ekonomi untuk diri sendiri, keluarga serta pekerja syarikat anda- kami menjemput anda untuk bersama sama kami dalam membantu usahawan muda lain melalui penyertaan anda dan usul yang anda kemukakan ini akan kami kumpul dan rumuskan serta dibawa ke pihak berwajib untuk tindakan.

Kongres Usahawan Muda ini bukanlah bersifat program sehari dan tamat begitu sahaja, namun anggota Kongres Usahawan Muda yang di dokongi oleh GMB Malaysia ini akan terus komited dalam melaksanakan resolusi yang dicapai melalui usul para usahawan di seluruh Malaysia sehinggalah kepada Kongres Usahawan Muda tahun hadapan.

Untuk makluman, hasil Kongres Usahawan Muda yang lalu telah memberi manfaat kepada usahawan muda samada yang baru bertapak atau yang ingin mengembangkan lagi perniagaan mereka. Antaranya kejayaan Kongres Usahawan Muda 2014 ialah :

i) Tunas Usahawan Bumiputra – yang dikendalikan oleh SME Corp dan sehingga hari ini telah melatih lebih 1,000 usahawan muda dengan latihan berbentuk ketenteraan selama 3 minggu dan menerima modal awal dari SME Corp iaitu sebanyak RM15,000.

ii) Akhbar Usahawan Muda – Sisipan yang boleh didapati melalui Utusan Malaysia, Berita Harian dan Malay Mail yang dikeluarkan sejak 2014 sehingga hari ini dengan edaran 200,000 naskah setiap bulan.

usahamuda

Sisipan akhbar Usaha Muda

iii) Membuka Pasaran Baru – Usahawan muda tempatan yang dikenal pasti dibantu oleh pihak Kongres dalam membentuk kerjasama dengan Kedai Mesra Petronas yang menjangkakan 30 syarikat tempatan akan mendapat tempat di Kedai Mesra Petronas di seluruh Malaysia bermula 1 Januari 2016.

iv) Peluang Berniaga di KLIA – Mendapat ruang tetap untuk jualan produk usahawan tempatan di Kuala Lumpur International Airport (KLIA)

v) Meneroka Pasaran Antarabangsa – 30 syarikat tempatan yang telah dikenalpasti akan dibantu untuk memasarkan produk mereka ke luar negara melalui kerjasama dengan agensi kerajaan seperti MATRADE.

Peluang peluang ini adalah hasil usaha para peserta dan mereka yang bersama sama kami pada Kongres Usahawan Muda yang lalu. Dengan penyertaan anda hari ini pastinya kita semua mampu membawa lebih banyak lagi peluang dan kebaikan yang akan dikongsi bersama usahawan muda yang lain khususnya bumiputra.

1606880_10203308190408187_178371424_n

Dari kiri – Khaidir, Bukhari Othman, Tan Sri Syed Mukhtar Al Bukhary, Bakri Shafie, Rizal Razak, Syazwan dan Adly Mukhtar.

2. Perkongsian Dari Usahawan Yang Terulung!

Pada Kongres yang lalu, pihak kami telah membuat siri jelajah seluruh Malaysia dari Perak sehingga ke Sabah dalam usaha memperkenalkan Kongres Usahawan Muda kepada umum. Setiap usahawan hebat di negeri yang terlibat dijemput memberi perkongsian kepada hadirin.

Antara jemputan kami ialah Sirivat Voravetvuthikun, merupakan usahawan Thailand yang berjaya bangkit dari muflis dengan menjual sandwic di tepi jalan dan Tan Sri Syed Mukhtar Al-Bukhary  yang merupakan bilionaire bumiputra.  7 nasihat dari Tan Sri Syed Mukhtar Al Bukhary menjadi viral dan inspirasi hasil nukilan peserta Kongres iaitu saudara Adly Mukhtar.

Kali ini, kami membawakan tokoh tokoh usahawan tempatan lain yang tiada tolok bandingnya iaitu :

i) Tan Sri Shukri Ab Yajid yang merupakan pengasas kepada kolej swasta terkemuka iaitu Kolej MSU (Management & Science University)

12368974_10153800791989637_7330023745035497001_n

ii) Datuk Sani Salleh atau nama sebenar beliau Datuk Wan Mohammad Sani Salleh, yang merupakan Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd (SUSB) dengan memiliki lebih 25 buah bas dan sewaktu beliau memulakan perniagaan basnya, beliau hanya berusia 33 tahun.
12227021_10153800792014637_3499836255112272757_n

iii) Dato’ Hazimah Zainuddin adalah Pengasas dan Pengarah Urusan syarikat Hyrax Oil Sdn. Bhd. yang ditubuhkannya pada tahun 1991. Hyrax Oil bermula sebagai usahasama dengan sebuah syarikat Korea dan pada awalnya, kegiatan syarikat terhad kepada menjual minyak pelincir automotif. Dengan wawasan dan rancangan perniagaan yang terperinci, Dato’ Hazimah berjaya memindahkan kepakaran dan teknologi dari syarikat Korea itu pada tahun 1995. Itulah mulanya pembuatan minyak pelincir jenama Hyrax yang dikeluarkan di kilang baru yang dibina di atas tanah berkeluasan 3.5 ekar di Kelang.

Hyrax Oil telah menembusi pasaran hampir 40 negara di mana saiz pasaran eksportnya telah mencapai 68% pada tahun 2009. Antara negara yang mengimpot produk Hyrax Oil adalah Australia, New Zealand, Africa Selatan, Mozambique, Arab Saudi, United Arab Emirates, Bahrain, Yemen, Oman, Qatar, Iran, Sri Lanka, Bangladesh, Nepal, Pakistan, Tanzania, Djibouti, Vietnam, Thailand, Indonesia dan Singapura.
12347835_10153800792179637_9213184423555282449_n


iv) Tengku Farith Rithauddeen merupakan salah seorang penggerak industri Teknologi Maklumat (IT) di Malaysia. Pembabitan beliau di dalam industri IT di Malaysia bermula sejak dari awal tahun 1990.

12311103_10153800792244637_4347834953672196621_n

vi) Dato’ Freida Pilus mengasaskan Cempaka International School dengan menyewa sebuah banglo di Bukit Bintang pada Januari 1983, Freida, kini 62, mengecat dinding dan membasuh sendiri lantai sekolah. Beliau turut mengajar dan memandu van untuk menjemput dan menghantar para pelajarnya pulang.  Hari ini Cempaka memiliki lebih 2,500 pelajar dan 300 guru yang mengajar di dua buah kampus iaitu di Cheras dan Damansara.

12313904_10153800842679637_7769067804362580192_n

v) Noor Nabila Mohd. Nor Pengasas bersama dan merupakan Kakak Neelofa, Naelofar Hijab (NH) memperoleh hasil jualan sebanyak RM50 juta tahun ini seperti yang dilaporkan oleh portal berita antarabangsa, BBC, perolehan itu adalah dua kali ganda daripada jumlah asal yang disasarkan syarikat yang diusahakannya bersama ahli keluarga itu.

ne

vi) Datuk Yusof Haslam mula berlakon sejak 1970 lagi. Ketika pembabitan awalnya, beliau memegang watak tambahan dalam Filem Laksamana Do Re Mi bersama Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, ketika itu beliau berlakon sebagai pengawal Menteri Fasola (lakonan Allahyarham Hussein Abu Hassan). Selain kerjaya beliau sebagai penerbit filem, drama, penulis skrip dan pelakon, Datuk Yusof juga adalah Pengarah Urusan di Skop Production, dimana anak-anak syarikatnya terdiri dari Haslam Trading (restoran), Haslam Properties (hartanah), Skop Publishing (novel dan buku) dan ME Communication (post production dan penerbitan drama serta filem).

Yusof-Haslam-600x360

vii) Dato’ Haji Abdul Rahman Bin Haji Ibrahim merupakan pengasas kepada Kumpulan Rahman Brothers yang pada hari ini memiliki lebih 17 anak syarikat dalam pelbagai bidang. Beliau merupakan antara usahawan automatif yang terkemuka di Malaysia.

KRB_STAFF_ALL

Dato’ Haji Abdul Rahman Bin Haji Ibrahim duduk di tengah

vii) Datuk Tom Abang Saufi merupakan pereka fesyen yang terkenal dengan menggabugkan element kontemporari dan etnik dan unsur semulajadi melalui rekaan beliau.

tom

3. Bertemu Usahawan Muda Dari Seluruh Malaysia

Sehingga hari ini, seramai 600 usahawan muda telah berdaftar dengan Kongres. Mengikut statistik kami, 50% adalah pesertadari Lembah Klang manakala bakinya ialah dari Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Bagaimana saya ingin menyertai Kongres Usahawan Muda ini?

Langkah pertama, daftar secara online dengan kami melalui : http://www.gmb.org.my/km2015/

Langkah kedua, tunggu arahan dari email dan dapatkan boarding pass

Langkah ketiga, berikan usul serta cadangan anda kepada pihak kongres

Langkah keempat, print boarding pass untuk tujuan pendaftaran pada hari Kongres.

AoBZfG6PAM4jiW1KR8hNi6v5BHGW6Obto0XuhS22KZOr

 

Dapatkan info terkini dunia bisnes terus ke inbox anda dengan melanggan newsletter kami.

Top