Baru-baru ini, telah berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan ke-54 bagi memilih jawatankuasa tertinggi DPMM untuk penggal 2023-2026.

Pencalonan bagi jawatan Presiden DPMM melibatkan tiga calon iaitu Norsyahrin yang mewakili Putrajaya Datuk Seri Shahidan Kassim (Perlis) yang juga merupakan Ahli Parlimen Arau dan Datuk Mohd Zayad Ismail (Kedah).

DPMM atau Dewan Perniagaan Melayu Malaysia merupakan sebuah badan organisasi bukan kerajaan yang komited dalam memperjuangkan bangsa Melayu dalam ekonomi negara dan atarabangsa. Juga dikenali sebagai Dewan Melayu, organisasi ini telah diurus tadbir oleh usahawan Melayu yang terdiri daripada pelbagi saiz dan sektor perniagaan di Malaysia.

Di samping itu, ia juga berperanan untuk menyediakan ruang luas kepada syarikat kecil dan sederhana khususnya bagi melaksanakan jaringan perniagaan, pembangunan usahawan serta panduan perniagaan dalam kalangan komuniti.

Sehingga kini, terdapat 15 cawangan DPMM di seluruh Malaysia termasuk Sabah, Putrajaya dan Labuan yang menghubungkan keseluruhan komuniti perniagaan melalui perkongsian perkhidmatan, maklumat serta bimbingan kepada ahlinya.

Kredit : DPMM Putrajaya

Dalam sebuah kenyataan oleh DPMM, sebelum bermulanya Mesyuarat Agung Tahunan DPMM baru-baru ini, Shahidan telah menarik diri bersama-sama dengan Mohd Zayad seterusnya memberikan kemenangan tanpa bertanding kepada Norsyahrin untuk menerajui kepimpinan DPMM baagi tempoh tiga tahun akan datang.

Mesyuarat tahunan yang diadakan di Furama Hotel, Bukit Bintang baru-baru ini juga telah menyaksikan pelantikan baharu bagi jawatan lain iaitu Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Ahli Majlis Eksekutif DPMM.

Berikut dikongsikan barisan kepimpinan baharu DPMM bagi penggal 2023-2026 :

Presiden DPMM

Encik Norsyahrin Hamidon

Timbalan Presiden DPMM

Encik Amirhamzah Karim

Naib Presiden DPMM

  • Datuk Awang Sham Haji Amit
  • Tn Hj Ir Kamarul Alfie Haji Ahmad
  • Tn Hj Farosham Naizamohideen

Kepimpinan Baharu DPMM

Ahli Majlis Eksekutif DPMM

  • Tn Hj Hamzah bin Paravil Moideom
  • Encik Salim bin Ahmad
  • Encik Mohd Dzahir bin Jamudin
  • Encik Zairol Hizam bin Zakaria
  • Encik Muhammad Gadaffi Gulistan

Kepimpinan Baharu DPMM

Kepimpinan Baharu DPMM

Semoga kepimpinan baharu DPMM ini dapat mendorong organisasi bagi meneruskan perjuangan mereka dalam menyatupadukan peniaga dan pengusaha Melayu untuk kepentingan dan faedah ekonomi Melayu pada masa akan datang.

Dapatkan info terkini dunia bisnes terus ke inbox anda dengan melanggan newsletter kami.

Top