Kerap kali kita gagal menggali dalam-dalam. Usahawan kerjanya membanyakkan syarikat. Maknanya kena gali lebar-lebar. Maksima dahulu sebelum optima. Lagi pening. Apa yang saya faham, dari sudut pandang usahawan jalanan.

Usahawan + 5 MODAL = Produk atau Khidmat + Pelanggan = BISNES.

Siapakah Yang Boleh Jadi Usahawan?

1. Apabila kerja dengan organisasi meresahkan. Kita mahu bebas masa. Itulah yang saya rasa tatkala berusia 38 tahun.

2. Apabila kita telah faham risiko pemilikan bisnes. Kita mula mahu belajar ilmu persyarikatan.

3. Kita telah ada idea tentang apa yang kita pandai lakukan. Apa yang kita minat berbeza dengan apa yang kita pandai.

4. Kita ada “Support System”. Tempat merujuk. Tempat “berlindung” meluah beban emosi. Usahawan ada 4 beban. Beban Bisnes, Beban Fikiran, Beban Kewangan dan Beban Emosi.

5. Kita tahu apa yang penting untuk kita. Nilai apakah yang kita mahu?

Dalam Planet Bisnes cuba sehabis daya untuk elakkan penyakit CC.

Apakah itu CC? Cash Crash

1. Buat projection, bilakah bisnes kita akan untung. Kali dua jangkaan itu. Andai dalam projection, dalam 6 bulan akan untung, jadikan setahun.

2. Ambil pekerja kurang dari apa yang kita perlukan. Usah galak interview staff. Usah gila mahu bina empayar rekaan.

3. Urus risiko. Ambil CFO. Beri gaji mahal kepada CFO. Dia akan mengingatkan kita akan arah tuju bisnes tatkala kita tersalah haluan, mengejar kerdip bintang kejora timur yang bergemerlapan.

4. Sentiasa bina war chest. Tempat berlindung masa masa sukar.

5. Berbelanja untuk perkembangan top line. Dalam masa yang sama kawal perbelanjaan untuk dapatkan bottom line.

Tuan Norizan Bin Sharif mungkin mempunyai definasi yang berbeza dari cetusan perbincangan mereka yang lebih berpengetahuan.

Status ini dikemaskini oleh: Dato Roslan

Dapatkan info terkini dunia bisnes terus ke inbox anda dengan melanggan newsletter kami.

Top